Mereka yang berumur 38 dan 24 tahun ditahan di dua tempat berasingan awal pagi tadi.
Dalam kejadian itu, mangsa yang berumur 32 dikatakan telah disimbah dengan minyak petrol sebelum dibakar.
Dia yang bekerja di sebuah restoran makanan segera cedera parah pada badannya dan dimasukkan ke Hospital Sibu sebelum dibenarkan keluar Jumaat lalu.
Sumber polis memberitahu pada mulanya seorang suspek berumur 38 tahun ditahan di rumahnya di Kampung Bahagia Jaya.
Berikutan penahannya, suspek kedua yang berumur 24 tahun ditahan pula di rumahnya di Kampung Nangka.
Kedua-keduanya ditahan reman selama seminggu bagi membantu siasatan.
-Bernama-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan