Gerakan Bidas P. Pinang Peruntuk RM24 Juta Bantu Bumiputra

Ketika pihak tertentu mendakwa Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang meminggirkan kebajikan masyarakat Melayu, parti Gerakan Kedah hari ini berkata sebaliknya.

Setiausaha Gerakan Kedah Tang Hing Lye membidas Ketua Menteri Lim Guan Eng kerana memberi perhatian khusus kepada Bumiputera, lapor portal Malaysiakini.

Dalam ucapannya kepada orang-ramai di Sudut Pidato di Georgetown, Tang melahirkan rasa tidak puas hati kerana Kerajaan Pulau Pinang memperuntukkan banyak wang ringgit untuk mengangkat kemampuan masyarakat Islam.

Antara yang menjadi isu bagi Gerakan adalah peruntukkan RM24 juta untuk tabung kebajikan hal-ehwal Islam, yang berjumlah tiga kali ganda dari RM8 juta yang diperuntukkan kepada bukan bumiputera.

Namun ucapan Tang bukan sahaja gagal mendapat sambutan orang-ramai, bahkan beliau turut diminta untuk "balik rumah dan duduk diam-diam" oleh sekumpulan warga tua Cina berusia 50an yang mengikuti pidato beliau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan