Jamaluddin Jarjis: Dasar Malaysia berhubung Israel SAMA dengan Amerika!

dewa
ALANGKAH SADIS, syahdu dan sedih jika benar kata Duta Malaysia ke Amerika, Datuk Jamaluddin Jarjis bahawa dasar Malaysia ke atas Israel SAMA dengan dasar Amerika. Aik! Takkan Najib kamceng dengan APCO, syarikat Zionis maka terus dasar luar Malaysia yang selama ini tak mengiktiraf Israel jadi serupa dengan Amerika selaku PEMBELA ISRAEL NO.1? Keratan disertakan:

Malaysia-AS kongsi pendirian mengenai kekejaman Israel

ROMPIN: Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) berkongsi berhubung isu kekejaman tentera Israel terhadap misi bantuan kemanusiaan ke Gaza yang membabitkan sukarelawan dari negara ini baru-baru ini.


Duta Malaysia ke AS, Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis, berkata sehubungan itu,
hubungan Malaysia-AS tidak terjejas di mana kedua-dua negara mengutuk keras
tindakan kejam rejim Zionis itu..

Menurutnya perkara itu jelas membuktikan Presiden AS itu mahu melihat
perdamaian di antara kedua-dua negara berkenaan walaupun akur Israel juga
mempunyai dasar luarnya sendiri yang tidak mudah untuk dicampuri oleh
pentadbiran AS. - BERNAMA "

Cantek sangatlah tu. Dengan Amerika punyalah nak mengampu, dengan rakyat sendiri khususnya yang Pakatan, dilanyak habis-habisan. Kelantan dan negeri Pakatan ditindas habis-habisan. Title dan pangkat pun ditarik balik. Kui Kui. Taubatlah wahai insan. Pintu taubat masih luass.

GUNA la kepala hotak tu sama. Rata-rata pembuat dasar Amerika dipengaruhi oleh lobi Yahudi yang sangat kuat. Nak harapkan Amerika settle kan isu Palestin tu samalah macam nak harapkan serigala jaga kambing.

Wakil penduduk Palestin iaitu HAMAS yang diundi oleh warga Palestin pun ditolak mentah-mentah oleh UMNO yang hanya mengiktiraf Fatah dan APCO...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan