Semua ketua kampung dan ahli jawatankuasa keselamatan dan kemajuan kampung akan dilibatkan bagi memantau sekali gus mengurangkan masalah kecurian pasir.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri juga sedia memberi penghargaan kepada ketua kampung atau JKKK yang berjaya menangkap pencuri pasir.
Khalid berkata demikian pada Perhimpunan bulanan kakitangan kerajaan negeri di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri, SUK.
“dan tak berapa lama lagi kita akan mengumumkan supaya ketua-ketua kampung akan kita minta, ketua-ketua kampung dan jkkk akan bersama dengan kita untuk memantau pencurian pasir, dan kita akan bagi hadiah kepada ketua-ketua kampung dan jkkk yang dapat menangkap mereka-mereka yang mencuri pasir” Khalid berkata.
Beliau meminta semua kakitangan bersama-sama membantu membanteras masalah kecurian pasir kerana ia akan membantu meningkatkan pendapatan negeri.
Khalid mengakui hanya 25 peratus kes kecurian pasir dibendung setakat ini berikutan kelemahan kerajaan negeri pimpinan Umno Barisan Nasional.
“oleh kerana, kita dapati cara pentadbiran lama telah membenarkan pencurian-pencurian ini dapat dijalankan, cara pentadbiran lama telah tidak menyimpan rekod-rekod yang mana, bagaimana pasir ini telah dapat terlepas dari pandangan kita,jadi ini satu anjakan paradigma yang telah kita buat” Khalid menegaskan.
Walaupun berdepan pelbagai kesukaran, Khalid berkata kerajaan negeri sentiasa meneliti masalah kecurian pasir setiap minggu.
“bayangkan 3 tahun yang dulu, hanya pendapatan untuk pasir tidak lebih daripada 3 ke 4 juta sekarang pendapatan pasir, melebihi 20 juta, bererti usaha ini telah mengambil alih pendapatan dari mereka-mereka yang mencuri sebanyak sekurang-kurangnya 15 juta, dan potensi untuk mengambil alih pendapatan dari mereka melebihi 100 juta,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan