Muktamar Awas Dengan Agen Ingin Pecah Belahkan Pas

Mohd Sayuti Omar

ADA kecenderongan pihak tertentu termasuk media massa cuba membuat fasal sempena muktramar Pas ke 56 yang sedang berlangsung kini untuk menimbulkan kekalutan dalam Pas dengan mempertikaikan hubungan Presiden Abdul Hadi Awang dengan timbalannya Nasharudin Mat Isa.

Awal-awal lagi ada portal berita yang membuat ulasan dengan memberi gambaran atau menjemput perwakilan menimbulkan isu hubungan antara kedua mereka ini. Misalnya dalam sebuah portal yang ditaja (?), satu ulasan mengenai hubungan Abdul Hadi Awang dan Nasharudin yang renggang.

Dalam pada itu juga, ulasan berkenaan cuba memberi gambaran bahawa kepimpinan mereka berdua tidak serasi, tidak mantap dan membawa perubahan. Gambaran demikian diperkuatkan pula dengan pandangan beberapa pemimpin Pas sendiri yang dipetik walaupun tidak mengiyakan tetapi dalam jawaban dan ulasannya tidak menafikan agenda portal berita berkenaan.

Usaha protal yang ditaja ini tidak berakhir di situ saja. Semasa sidang akhbar oleh Abdul Hadi Awang ada agen-agennya bertanya soal itu. Membuat provokasi mengenai andaian yang mereka sendiri ilhamkan.

Tidak di situ saja, mereka juga akan berkeliaran mencari dan menanyai mana-mana pemimpin Pas berhubung dengan isu yang mereka cipta itu. Mereka mahu ada pemimpin Pas endorse apa yang mereka inginkan. Semua itu adalah merupakan jerat yang terbuka. Saya menjejaki agen ini di beberapa sudut dan memerhati soalan yang mereka lontarkan kepada pemimpin tertentu.

Nasib baiklah pemimpin Pas sudah dapat mengangak perangkap yang dipasang itu. Mereka tidak segera mengulas dan memberi jawaban seperti mana dikehendaki oleh egen berkenaan dan mengelaknya dengan penuh diplomasi.

Saya sendiri yang dilihat memahami masalah dalam Pas turut sama dijejaki dan ditanyai mengenai suasana muktamar kali ini. Apa yang ditanyai oleh agen berkenaan ialah tentang isu yang mereka cipta itu. "Apakah benar kepimpinan Hadi dan Nasha tidak berkesan?" tanya agen berkenaan dalam nada rileks.

Selain itu mereka juga turut menanyai mengenai ucapan dasar Abdul Hadi. Agen berkenaan yang berkerja dengan media cetak mempersoalkan untuk mendapat reaksi saya, katanya kenapa ucapan Abdul Hadi Awang tidak begitu meluas mengenai Dewan Himpunan Penyokong Pas, apakah itu menunjukkan Abdul Hadi tidak menyenangi dengan Dewan berkenaan.

Saya tidak tahu apakah agen berkenaan yang dilihat seorang wartawan preofesional memahami ucapan Abdul Hadi di dalam bahasa Melayu itu ataupun tidak. Apakah beliau membuat home work terhadap isu berkenaan. Bukankah pelancaran Dewan berkenaan yang diadakan di Klang Selangor dilakukan sendiri oleh Abdul Hadi Awang?

Bagi seorang yang celik dan tidak ada niat buruk terhadap Pas, rasanya mereka mengetahui sejauh mana komitmen Abdul Hadi. Bahkan dalam ucapan itu Abdul Hadi ada menekankan soal tanggungjawab dan peranan Pas terhadap semua golongan termasuk bukan Melayu. Bagi Pas mendekati bukan Islam bukan saja atas dasar untuk mendapatkan kuasa politik tetapi usaha itu adalah tanggungjawab dakwahnya sebagai parti Islam.

Usaha untuk memburukkan Abdul Hadi dan Nasharudin juga dilakukan dengan mempersoalkan bahawa gambar Nasharudin tidak digunakan untuk mempromosikan muktamar kali ini. Dengan mudah media berkenaan membuat kesimpulan Nasharudin tidak diterima oleh Kelantan.

Sekali lagi pertanyaan dan ulasan begini untuk memburukkan keadaan sahaja dan menunjukkan media massa gagal berfungsi dengan baik. Media seharusnya mendamaikan keadaan bukan mengeruhkan suasana dengan fitnah.

Mereka yang faham dan arif mengenai apakah tujuan promosi tidak akan membuat tafsiran nakal dan dangkal demikian. Saya tidak percaya kalau Nasharudin seperti mana jawabannya spontannya yang beliau tidak mahu gambarnya diletak di banner dan banting atau disangkut di pagar. Mungkin dalam hatinya beliau mahu. Tetapi dua wajah yang cukup gah dan mesra yang menggambarkan semangat dan menjadi tonggak kepimpinan Pas, iaitu Nik Abdul Aziz dan Abdul Hadi Awang sudah cukup.

Kalau andaian agen itu diterima ketiadaan gambar Nasharudin itu menunjukkan Kelantan tidak menerima beliau, apa halnya dengan gambar pemimpin Pas Kelantan yang lain juga tidak dijadikan promosi untuk muktamar berkenaan. Apakah ketiadaan itu boleh disifatkan sebagai Kelantan tidak menerima pemimpin Kelantan?

Pas harus waspada dengan rancangan dan tindak tanduk agen berbayar ini. Perwakilan hendaknya tidak mudah terikut dengan tarian dan rentak gendang mereka. Kalau perwakilan juga menimbulkan apa yang dibangkitkan itu ini bermakna Pas bercakap berpandukan lidah agen-agen yang dibayar untuk kepentingan pihak-pihak tertentu itu. [rains kb. 8:00 am 12/06/10]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan