Muktamar ke Putrajaya

Musafir
Muktamar PAS tahun ini ditutup dengan penuh semangat untuk mencapai cita cita perjuangan dan menggapai kemenangan yang semakin hampir.

Muktamar yang berakhir agak lewat dari dijangkakan telah berhasil menaikkan semangat kerja dan kefahaman jitu terhadap masa depan PAS sebagai sebuah gerakan Islam dan politik.

Sessi pergulungan yang menyaksikan hampir semua pimpinan utama parti menggulung parbahasan dengan pelbagai gaya dan pendekatan. Kebanyakan pergulungan seakan tidak lepas dari membicarakan soal sayap baru PAS iaitu Himpunan Dewan Penyokon.

Tuan Guru Mursyidul Am dan TG Presiden menjadikan isu gabungan dan kerjasama dengan bukan Islam sebagai inti utama pergulungan .

Wakil keseluruhan perwakilam Ustaz Khairudni Attakiri turut menyentuh persoalan berkaitan. Beliau juga turut menegur secara tidak langsung Dr Mariah yang terlebih dahulu berucap mengharapkan agar PAS mengambil berat soal sensitiviti berkaitan daging lembu.

Ustaz Khairudin mengambil ayat yang menegur Rasulullah berkaitan mengharamkan diri baginda "bersama" hambanya hanya kerana menjaga hati isterinya sebagai sandaran. "Jangan kita mengharamkan sesuatu yang dihalalkan Allah kerana menjaga hati manusia"

Tg Presiden yang menggulung perbahasan menyentuh pelbagai persoalan terutama pandangan islam berkaitan hubungan dengan bukan Islam. Bersandarkan dalil syara' yang dikupas dengan bernas dan hujah semasa, tentunya perwakilan akan pulang dengan penuh ketenangan bagi menangani isu DHPP. Tiada lagi keraguan dan kekeliruan yang mungkin selama ini sedikit mengganggu ahli PAS .

Diakhiri dengan tiupan semangat untuk bergerak ke Putrajaya, TG Presiden menjadikan kisah Adi sewaktu berdialog dengan rasulullah sebagai analogi dan hujjah.... analogi yang cukup memberi keyakinan bahawa kemenangan adalah pasti untuk islam!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan