Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan menafikan laporan sebuah akhbar bahasa Inggeris semalam yang mendakwa beliau tidak akan meletakkan jawatan dan akan kekal dalam jawatannya itu.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan Bukit Aman malam semalam, Musa menafikan sekeras-kerasnya laporan terbabit dan berkata tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan secara bertulis atau pun lisan kepada mana-mana media.
Sehubungan itu PDRM ingin menasihatkan media supaya mendapatkan fakta-fakta yang sahih dan disahkan benar daripada pegawai-pegawai berkenaan.
Mereka juga boleh menghubungi pusat media PDRM Bukit Aman sebelum menyiarkan
sesuatu perkara yang diragukan kesahihannya, menurut kenyataan itu.
Akhbar itu melaporkan bahawa Musa berkata demikian selepas perhimpunan tersebut.
mana boleh umumkan apo apo
BalasPadamnanti jadi macam vincent tan pulak
PM kata tidak dia kata yah
tunggu dan lihat...siapa berhenti siapa di hentikan dan siapa yang gantung kan