“Pemimpin Umno-BN yang menguasai kerajaan tidak dapat menerima secara terbuka kritikan, sindiran dan satira yang dikemukakan dalam edisi kartun-kartun ini. Mereka terdesak untuk menafikan pandangan rakyat terhadap kezaliman, penyelewengan dan keangkuhan mereka,” kata ketua penerangan PAS, Idris Ahmad.
Menurut Idris, PAS menyokong usaha Zunar (atas) dan Malaysiakini dalam memberikan gambaran alternatif kepada rakyat tentang kerajaan yang selalunya digambarnya dengan imej positif sahaja melalui rangkaian media arus perdana yang dikuasainya.
“Rakyat perlu tahu apa yang kerajaan sembunyikan dari mereka. Zunar yang juga mantan ketua pengarang Suara Keadilan diakui ramai pihak sebagai pengkartun yang mempunyai daya kreativiti satira yang luar biasa dan mampu mengoyahkan kedudukan dan imej Najib.
Menurut Idris sebagai seorang kartunis, Zunar berjaya 'menelanjangkan kebobrokan' ramai pemimpin BN seperi Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Tan Sri Rafidah Aziz dan Datuk Seri S Samy Vellu.
“PAS melihat tindakan KDN ini membuktikan bahawa Najib, dan pemimpin Umno-BN cukup terasa dengan penangan kartun Zunar dan kawan-kawannya,” katanya.
Ujarnya, ruangan kartun Senyum Kambing dalam Utusan Malaysiaserta kartun-kartun lain di akhbar milik Umno-BN gagal menyaingi apa yang dihasilkan oleh Zunar.
“Dan jelas, KDN dipergunakan bagi menyekat pengaruh kartun-kartun satira demi untuk menyelamatkan imej Najib dan Umno-BN yang kini dianggap sebagai pelawak sahaja,” katanya.
Menurut
Mengikut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, mereka yang mencetak, mengimport, menghasilkan, menghasilkan semula, menerbit, menjual, mengeluar, mengeliling, menawarkan untuk menjual, mengedar atau memiliki bahan penerbitan dilarang, jika sabit kesalahan, boleh dipenjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan