Pelakon Komedi Popular Didakwa Esok, Tempoh Reman Berakhir Hari ini

Seorang pelakon komedi popular yang ditahan bersama lima lagi atas kesalahan dadah baru-baru ini, dijangka didakwa di Mahkamah Majistret di sini esok apabila tempoh tahanan reman mereka dilanjutkan sehingga hari ini.

Pelakon berusia 41 tahun dan lima rakannya itu ditahan tiga hari lalu, dan polis merampas 40 gram dadah yang dipercayai ganja di sebuah rumah di Jalan PJS7, Subang Jaya.

Majistret Nur Afidah Idris hanya membenarkan tempoh tahanan reman mereka yang berakhir hari ini dilanjutkan sehari sahaja lagi apabila pelakon itu dan lima rakannya dibawa ke mahkamah pukul 10.30 pagi.

Ketika ditemui pemberita di luar mahkamah, peguam Mohd Fadly Hashim yang mewakili tertuduh berkata pihak pendakwa memohon lanjutan tempoh tahanan reman selama lima hari, tetapi mahkamah hanya membenarkan lanjutan untuk hari ini sahaja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan