Abdul Shukor Nagor yang memberi keterangan pada hari kedua kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) berkata pengarah eksekutifnya menerima bonus RM82,000 bagi tahun kewangan yang berakhir pada Jun 2009.
Menurut Abdul Shukor bonus itu sebagai bayaran insentif bagi mengekalkan kakitangan KSSB dan juga ganjaran atas usaha gigih mereka.
"Ini adalah kerja yang berbahaya dan mereka bekerja keras...dan menghabiskan masa yang panjang.
"Kita telahpun membuat keuntungan pada Disember 2008 dan jangkaan juga menunjukkan prestasi yang memberangsangkan bagi syarikat baru,” katanya.
Abdul Shukor bagaimanapun enggan mengulas sama ada ia “perbelanjaan berhemaah' untuk memberi bonus interim begitu awal dalam tahun kewangan itu.
"Pendapat saya adalah tidak,” kata pengerusi panel Teng Chang Kim setelah gagal mendapat jawapan daripada Abdul Shukor.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan