Projek Menyusu Kera Di Hutan

Ahmad Zawawi

Dua hari berturut-turut Sinar Harian memberikan liputan Muka Hadapan tentang hasrat tiga ADUN Barisan Nasional mahu menyeberang kepada PKR. Siaran pertama adalah Jemputan kepada pihak-pihak Media supaya hadir keSidang Akhbar Ketua Penerangan PKR pada 13 Jun 2010 bagi perjelas desas desus tindakan tersebut. Keduanya menyiarkan gambar Sidang Akhbar Ketua Penerangan PKR ditemani beberapa pemimpin lain memberikan Kenyataan tiga ADUN BN dari UMNO besedia menyertai PKR kerana tidak berpuashati terhadap layanan ketua mereka.

Seperti yang dilapurkan Ketua Penerangan PKR tampil memperjuangkan nasib tiga ADUN Barisan Nasional (nama-nama tidak disebut) yang dipinggir oleh Pimpinan mereka diNegeri Perak. Kisahnya berkisar mengenai Pemimpin UMNO Negeri hanya memberikan perhatian dan layanan kepada ADUN-ADUN yang melompat kepada BN sahaja manakala ketiga-tiga ADUN yang telah sentiasa setia berkhidmat dianaktirikan.

Saya terpanggil untuk mengucapkan tahniah kepada Ketua Penerangan tersebut kerana bersikap pro-aktif membela nasib ADUN-ADUN Barisan Nasional yang dipinggir. Jarang kita jumpa pemimpin Pembangkang yang bertungkus lumus memperjuangkan nasib ADUN dari Parti musuh.

Oleh yang demikian saya fikir tidak logik langsung pihak Pemimpin tertinggi BN diNegeri Perak menyangkal kenyataan-kenyataan akhbar dari Parti lawan itu. Didalam Sidang Akhbar tersebut perkara yang diutarakan semata-mata menegur pimpinan BN yang tidak adil kepada ahli-ahlinya dan meminta supaya diberi perhatian yang sewajarnya kepada ADUN-ADUN dari Parti sendiri.

Kepada pemimpin PKR yang terang-terangan memperjuangkan nasib ADUN-ADUN BN ini adalah disyorkan untuk memikirkan kedudukan anda dalam PKR. Jangan nantinya anda dilihat seperti mengharapkan win-win situation dalam kerjaya politik. Sidang Akhbar seperti itu hanya bertujuan mencari political mileage tanpa disedari yang ianya secara tidak langsung menjadi dilemma kepada Parti. Mengapa terlalu cepat lupa kepada kisah Penyeberangan ADUN Bota?

http://ahmadzawawi.wordpress.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan