Saya akan terus berkhidmat - Tian Chua

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 20 Jun:
Anggota Parlimen Batu, Tian Chua menegaskan beliau adalah MP kawasan itu dan akan terus memberikan khidmatnya kepada masyarakat kawasan itu.

Tian berkata demikian dalam majlis makan malam Parlimen Batu malam ini.

Hakim Mahkamah Tinggi baru-baru ini menurunkan denda terhadapnya dari RM3,000 ke RM2,000 dengan alasan untuk mengelakkan dari berlakunya pilihan raya kecil di kawasan itu.

Namun begitu, pelbagai pihak mempertikaikannya kerana Perlembagaan Persekutuan dengan tegas berkata mereka yang dikenakan denda RM2,000 ke atas hilang status sebagai anggota Parlimen.

Pengerusi DAP, peguam Karpal Singh berkata, dengan hukuman itu jelas Tian Chua telah hilang kerusi itu dan pilihan raya kecil perlu diadakan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal Parlimen Datuk Seri Nazri Aziz berkata, Tian kekal sebagai MP kerana hanya hakim yang berhak mentafsirkan undang-undang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan