Siak dan Bilal - di kencing Belukang ?

albanjari

Ceria wajah siak dan bilal pada pagi kelmarin. 28hb. Jun, ada majlis merai mereka di Ipoh. Sejak 2-3 hari lalu, itulah yang meniti dibibir mereka. ELAUN SIAK DAN BILAL. Lebih-lebih lagi bilal dan siak UMNO, jika pandir pagi..., itulah yang seronok dibualkan dimeja kopi. Wak senyum sinis saja.

Pagi ini, muka bilal dan siak yang wak jumpa selalu di meja kopi jadi KELAT. Bukan kerana kopi itu pahit, atau air teh yang kelat. Kih..kih..kih ! Tahniah Kudeta. Imbuhan yang dijanjikan untuk bilal dan siak sebanyak RM200 itu memang BETUL, dibayar juga akhirnya, walaupun hampir setahun dan 4 kali isi borang. Layanan terbaik Kudeta untuk orang-orang masjid di Perak, tapi MENGAPA BAYAR BERKALA ?

Kesian depa, kena main politik lagi ! Jika sebelum ini muka siak dan bilal sudah terbayang akan jumlah tunggakan yang mungkin akan diperolehi. Ikut surat pekeliling, tunggakan akan dibayar mulai Januari tahun ini. Bermakna sehingga Mei, tentu imbuhan tunggakan itu berjumlah RM1000 hinggit.

Lebai Malang ! Sungguh dan patut gelaran tu. Kudeta cuma bayar untuk bulan 1, 2 dan 3 saja. Hahaha ! Dasar pembelit ! Tak hairan jika pada pagi ini ada meja kopi yang hampir nak terbalik kena tumbuk. Geram kot ! Bukan pasal apa, pasal nampak sangat puak masjid ni kena main lagi dengan Kudeta. Jika ikhlas nak bagi, bagi saja tunggakan tu sehingga bulan Mei, ambil hati puak masjid. Tetapi Kudeta mengambil sisi lain, terus bermain politik.

Penasihat Menteri Besar, Datuk Mohd Najmuddin Elias Al-Hafiz kata didepan semua siak dan bilal di Ipoh kelmarin, bahawa merekalah yang kuat mempertahankan agar elaun siak dan bilal ini dibayar seperti yang dijanjikan.

Ohh..baru ku tahu ! Rupanya cakap si Belukang Pangkor dulu itu (15 bulan lalu) sekadar gula-gula? Patutpun banyak sangat sorong tariknya bab elaun bilal siak ini ! Memang dasar 'belukang' !

Nak pertahan apa? Dah itu janji hangpa ! Bayar sajalah..! Dan betul pun Kudeta dah bayar, cek dah dibagi kelmarin. Tapi setakat 3 bulan saja. Lagi 3 bulan, siak dan bilal kena tunggu bulan Oktober ini pulak, pasal Belukang Pangkor akan serahkan cek itu untuk bulan 4,5 dan 6. Kesian siak dan bilal.

Ini bermakna siak dan Bilal hanya menerima imbuhan 2 kali setahun. Dan Kudeta pulak terus berhutang kepada Siak dan Bilal 6 bulan setahun. Jika ada bilal dan siak yang mati, mungkin Belukang Pangkor akan bagi di masyhar esok agaknya.

(*) Sengal punya Kudeta. Elaun siak pun nak dipolitikkan. Ptuihh..!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan