Speaker kata Tian Chua masih MP Batu

Tian Chua masih ahli parlimen Batu sehingga Dewan Rakyat membatalkan kelayakannya, kata Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia kepada wartawan hari ini.

Ini ekoran Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman denda RM2,000 atau dua bulan penjara ke atas pemimpin PKR itu, selepas disabitkan kesalahan jenayah tiga tahun lalu.

Oktober lalu, Mahkamah Majistret Kuala Lumpur mendapati Tian bersalah menggigit tangan seorang anggota polis ketika ditangkap dalam satu protes berhampiran bangunan Parlimen pada 2007.

Tian, yang terpilih sebagai ahli parlimen Batu dalam pilihan raya umum 2008, didakwa mengikut Seksyen 332 Kanun Keseksaan, dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada anggota polis yang sedang bertugas.

Dia dihukum enam bulan penjara dan denda RM3,000.
Selepas membuat rayuan, Khamis lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Ghazali Chan mengekalkan sabitan tetapi mengurangkan hukumannya kepada denda RM2,000 atau dua bulan penjara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan