Tun Dr Mahathir punca Perpecahan dan Kemunduran Melayu

anak_muar
Bekas PM Malaysia yang ke-4 Tun Dr Mahathir kebelakangan ini mula menjadi vokal yang agak nyaring berkenaan dengan isu kepentingan dan masa depan orang Melayu.Terbaru beliau melahirkan kebimbangan tentang masa depan orang Melayu yang bakal menjadi kaum minoriti di tanah air sendiri. walaubagaimanapun kita berterima kasih pada beliau kerana kenyataan beliau membuatkan orang Melayu sedikit tersentak khususnya Melayu UMNO.

Mungkin Allah SWT mula membuka pintu hati Tun Mahathir supaya berasa insaf akan nasib dan masa depan orang Melayu yang semakin membimbangkan. Beliau selaku seorang pemimpin Melayu yang memegang tampuk pemerintahan yang agak lama iaitu selama 22 tahun.Dalam tempoh tersebut berbagai pendekatan betul atau salah yang digunakan untuk mengubah wajah Malaysia kepada negara yang maju dan berdaya saing. Namun beliau berjaya melakukan perubahan dan kemajuan terhadap negara mengikut acuan dan kehendak beliau.Antara perkara yang beliau lakukan yang menyababkan Melayu Mundur dan berpecah :
  • Memperkenalkan dasar industri sedangkan orang Melayu ketika itu begitu mahir dalam bidang pertanian ini menyebabkan anak-anak Melayu meninggalkan kampung kerana lebih suka bekerja kilang dari menjadi petani.Akhirnya banyak tanah-tanah/kebun-kebun terbiar dan akhirnya terjual begitu sahaja.Bidang pertanian yang kebanyakkannya diusahakan oleh orang Melayu tidak diberi tumpuan yang khusus dan golongan petani Melayu menjadi miskin.
  • Perpecahan orang Melayu berlaku di zaman pemerintahan beliau bermula krisis UMNO 1987 iaitu pergeseran beliau dengan Tengku Razali dengan tertubuhnya Parti Semangat 46 dan tragedi pemecatan Anwar Ibrahim dari parti dan kerajaan pada 1998 seterusnya menyebabkan Melayu berpecah lebih teruk dengan wujudnya PKR pimpinan Anwar Ibrahim.Tragedi perpecahan di kalangan orang Melayu terjadi adalah semata-mata kerana Tun Mahathir mahu mengekalkan kuasa dan pengaruh beliau berterusan.Akhirnya yang rugi adalah orang Melayu sendiri yang terus ditimpa pelbagai musibah akibat sibuk bertelagah untuk mempertahankan si pemimpin yang rakus.Akhirnya Agenda perjuangan terhadap bangsa Melayu terus menuju kegagalan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan