Balasubramaniam dan peguamnya Amarjit Singh kini di London selepas bertolak dari satu lokasi yang dirahsiakan. Mereka akan bertemu dengan peguamnya yang lain - Manjeet Singh Dhillon sudah berada di sana sementara Americk Singh Sidhu berlepas ke sana semalam.
Americk menerusi sepucuk suratnya kepada SPRM berkata beliau, kecewa terhadap pembatalan wawancara itu yang telah dijadualkan pada Isnin dan Selasa ini dan suruhanjaya itu gagal memaklumkan kepada mereka secara rasmi.
"Kami telah menghabiskan banyak masa, tenaga dan perbelanjaan untuk membantu SPRM dalam mengaturkan temubual tersebut," katanya.
Rabu lalu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Mohd Shukri Abdull mengumumkan pembatalan tiga pegawainya ke London bagi merakamkan kenyataan Balasubramaniam.
Sebelum itu pengarah siasatan SPRM, Mustafar Ali telah memberikan jaminanya bahawa mereka bersetuju mewawancara penyiasat persendirian itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan