Bongkar Masalah Air Dalam Aduan Rakyat TV3.. Terkena Hidung Juara Rakyat.

Pahang Daily Online

Kasihan benar tatkala mendengar rintihan dan keluhan warga Felda Mayam dan Purun dalam Parlimen Bera berkenaan masalah air yang disiarkan oleh TV3 menerusi slot "Aduan Rakyat" malam tadi. Tersentuh hati mendengar tangisan mereka yang sduah 35 tahun tidak didengari itu. Sudah berkali-kali pilihanraya umum berlaku, namun janji tetap tinggal janji. Nasib mereka terus terabai, hinggalah ada manusia seperti "Karam Singh Walia" (foto) datang membantu.

Sekurang-kurang pendedahan yang dibuat oleh TV3 malam tadi dapat memberi sedikit pengajaran buat Kerajaan Negeri Pahang dan Felda terutamanya untuk membantu. Maka, dihantarnya Timbalan Pengarah JBA Negeri Pahang untuk berdialog dengan rakyat. Apa yang berlaku, rakyat sudah muak dengan janji-janji manis itu sebenarnya.

Mana perginya pemimpin setempat yang kononnya ingin menjadi juara rakyat. Felda Mayam dan Felda Purun terletak dalam DUN Triang yang diwakili oleh Leong Ngah Ngah (DAP). Bukan dia yang wajar dipersalahkan sebenarnya, tetapi sikap acuh tidak acuh kerajaan negeri dan Felda itu sendiri yang harus dipersalahkan. Sebagai ADUN pembangkang, sudah semestinya beliau tidak mempunyai kemampuan untuk melakukan perubahan besar di situ. Tambahan pula dengan dinafikan peruntukan oleh Kerajaan Negeri Pahang untuk membela rakyat disitu.

Maka, yang mempunyai wang untuk membantu ialah UMNO BN. Soalnya, mana pergi Ahli Parlimen Bera, Ismail Sabri Yaakob itu agaknya?. Kelibatnya amat diperlukan oleh rakyat di kawasan itu. Kenapa beliau tidak berani ke depan untuk "mendahulukan rakyat" atau sekurang-kurangnya menjadi "juara rakyat" dalam isu ini?.

Rakyat Menanggung Derita Sejak 30 Tahun Lalu

Tepuk dada tanya selera, itulah hakikatnya. Jika dikatakan kawasan itu tidak dibantu kerana kawasan pembangkang. Maka apa bezanya dengan kawaasan felda yang lain di seluruh negeri ini?. Masalah air ini telah melanda sejak 30 tahun yang lalu namun hingga ke hari ini ia masih lagi gagal diselesaikan. Janjilah apa sahaja, namun segalanya tingga janji semata-mata. Sedangkan rakyat terus merana terutamanya tatkala ada kenduri kendara atau musim perayaan tiba. Anak menantu takut untuk balik ke kampung halaman masing-masing akibat "dihantui dengan masalah air" yang melanda. Kini, apakah lagi yang boleh diharapkan oleh rakyat dan mereka hanya mampu berserah mengarapkan simpati. Masalahnya, mereka tidak terdaya untuk mengajar puak-puak UMNO BN ini dalam setiap kali musim pilihanaraya. Marah akhirnya bertukar sayang seketika kepada BN dan Felda gara-gara diberikan "gula-gula pilihanraya". Selepas itu mereka merana menanggung sengsara akhirnya. Inilah senarionya yang berlaku sejak sekian lama. Soalnya sekarang, kenapa masalah ini gagal diselesaikan oleh Kerajaan Negeri Pahang khasnya Felda itu sendiri. Masalah yang sama pernah disiarkan dalam Buletin Utama TV3 pada tahun 2003 yang lalu. Ia melibatkan kawasan Felda di Wilayah Jengka. Janji kerajaan ia akan diselesaikan, namun kini hanya tinggal janji semata-mata. Kononnya masalah air dikawasan Felda berlaku akibat masalah saluran paip lama yang berkarat dan sudah tidak sesuai digunakan. Maka mereka mahu menukarkannya dengan saluran paip baru yang lebih berkualiti dengan anggaran mencecah RM2 bilion ketika itu.

Dahulukan Projek Mega Daripada Nasib Rakyat

Soalnya, kenapa hingga kini gagal diselesaikan. Alasan diberikan peruntukan tidak mencukupi. Tetapi masalahnya, Felda mempunyai banyak wang dan mereka lebih rela menyusutkan rezab tunai melebih RM2 bilion sejak 6 tahun lalu. Kenapakah masalah rakyat begitu sukar diselesaikan, tetapi yang lain lebih didahulukan. Menara Felda, hotel dan projek-projek mega mereka agungkan dengan menggunakan duit peneroka tetapi kenapa masalah peneroka tidak mahu diselesaikan?. Apa yang menjadi masalahnya sekarang ialah bila kerajaan UMNO BN dan Felda laksanakan projek mega mereka ada pula duit. Namun begitu, bila mahu membela dan membantu rakyat mereka menggunakan berbagai alasan. Inilah dia dasar UMNO BN yang bakal menjerat mereka dalam pilihanraya umum akan datang sebenarnya. Laungan "rakyat didahulukan" hanyalah "omongan kosong" untuk semata-mata. Jika benar mahu dahulukan rakyat, kenapa sampai berpuluh tahun masalah air di Felda ini gagal diatasi. Anehnya, Kerajaan Negeri Pahang beriya-iya benar pula untuk menjual air ke Selangor, sedangkan rakyat sendiri menderita. Apakah kerana projek Empangan Klau itu harganya lumayan dan mereka menerima komisyen yang boleh dimakan hingga ke tujuh keturunan, maka itulah projek tersebut tetap mahu diteruskan biarpun mendapat bantahan daripada sebahagian besar penduduk terutamanya masyarakat orang asli di situ. Inilah dasar mereka sebenarnya. Nasib rakyat "bagai telur dihujung tanduk" dan diperkotak-katikkan sesuka hati mereka. Jika inilah caranya, memang wajarlah rakyat menolak BN dalam Pilihanraya Umum akan datang sebenarnya. Mereka perlu diajar dan ditunjuk jalan pulang, jika rakyat mahukan perubahan nasib mereka.

[Kami ucapkan tahniah dan syabas kepada Karam Singh dan krew-krew Aduan Rakyat TV3 kerana mereka yang lebih prihatin dengan masalah dan nasib rakyat daripada kerajaan UMNO BN itu sendiri sebenarnya. Apa yang pasti, kini kerajaan negeri dan Felda jelas telah dimalukan oleh isu air tersebut. Namun, apakah mereka sedar dengan masalah ini?. Yang jelas mereka menekan rakyat ada lagi. Sudahlah air tiada, kini rakyat Pahang di kenakan pula caj kepala meter RM1-RM2 dan Subsidi Air yang membebankan. Subdisi diberi tetapi rakyat terpaksa menanggung harga yang lebih tinggi dari sepatutnya apabila tarif air itu sendiri dinaikkan. Mereka mahu menipu rakyat dengan tindakan jahat ini sebenarnya. Memang menjadi kewajipan rakyat Pahang menjatuhkan kerajaan UMNO BN dalam Pilihanraya Umum akan datang jika mereka tidak mahu terus ditipu lagi buat selama-lamanya. Lakukanlah segalanya mulai sekarang !!].

-Pahang Daily Online-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan