Dr M: Kenapa bayar RM1 juta untuk pembohong?

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyuarakan kehairannya terhadap akhbar negara ini yang didakwa menggelapkan isu penting, antaranya berhubung isu antarabangsa.

Katanya, ia termasuklah tindakan kerajaan Britain mengheret bekas perdana menterinya Tony Blair ke inkuiri kerana didakwa terlibat dalam sejarah perang di Iraq suatu masa dahulu.

NONE"Ia bukan lagi perang antara tentera dengan tentera, tetapi bagaimana tentera membunuh orang awam...

"Tetapi tidak ada sepatah perkataan pun tentang perkara ini dalam media tempatan kita.

"Tidak ada laporan langsung tentang pembohongan Blair," kata Dr Mahathir (
kiri).

Sebaliknya, dakwa Dr Mahathir, Blair malah dibayar sebanyak sebanyak RM1 juta untuk memberikan ucapan di negara ini semata-mata untuk "menceritakan pembohongannya".

Pada 24 April lalu, lebih 200 anggota pelbagai NGO serta rakyat Iraq di negara ini berhimpun
membantah kedatangan Blair bagi berceramah di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid, anjuran sebuah syarikat yang beribu pejabat di Singapura, Success Resources Company.

Blog salur pendirian asing terhadap Anwar

Memberikan ucap utama dalam seminar penulis blog dan media sosial Asian di sebuah hotel di Kuala Lumpur hari ini, beliau turut bercerita tentang kebaikan blog bagi menyampaikan maklumat daripada luar, termasuk pertukaran pandangan asing terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

azlan"Dulu negara asing hendak lihat peribahan regim di negara ini, termasuk di masa saya menjadi perdana menteri. Sekarang pun sama.

"Mereka hendak tengok 'orang ini' menjadi pemimpin Malaysia. Tetapi sekarang mereka menulis yang buruk-buruk tentangnya. Mereka tukar fikiran.

"Daripada blog-blog mereka, hari ini kita dapat tahu (perkara itu)," katanya tanpa menyebut langsung nama bekas timbalan perdana menteri yang dipecatnya lebih 12 tahun lalu.

Pada 11 Julai lalu, sebuah akhbar harian memetik tulisan seorang penulis blog yang
mendakwa ketua umum PKR itu adalah "alat" kepada Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat.

Dalam laporan itu, Elaine Meinel Supkis, yang digambarkannya sebagai "seorang penulis blog terkemuka", mendedahkan bahawa Anwar merupakan "alat" CIA .

Akhbar tersebut menterjemah tulisan Elaine dalam blog - Culture of Life News - seperti berikut: "Anwar bukan ejen tetapi alat yang dicipta oleh CIA. Senarai rakan-rakan membuktikan segala-galanya dan merupakan ejen CIA yang menyamar."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan