Rabu, 28 Julai 2010
Gainesville, FL, Amerika Syarikat (AHN): Sebuah gereja di Florida merancang untuk membakar kitab Quran pada hari ulangtahun 9/11 tahun ini, mengundang kemarahan dari masyarakat Islam Amerika dan para bijak-pandai yang sememangnya sudahpun sedia terbabit dalam debat tentang rancangan membina masjid berhampiran Ground Zero. Dove World Outreach Center, sebuah Gereja New Testament di Gainesville, akan membakar kitab Quran pada malam 11 September “sebagai tindakan menentang kejahatan Islam.” Pastor senior gereja tersebut, Terry Jones, adalah seorang penulis buku yang baru diterbitkan berjudul , “Islam is of the Devil.”
Awal bulan ini, gereja tersebut telah mengetuai satu protes di luar Pusat Islam di Gainesville. Mereka merancang untuk mengadakan satu perarakan “No Homo Mayor” menentang Craig Lowe, datuk bandar gay pertama, minggu depan.
“Hanya terdapat satu buku yang benar, dan ia adalah Bible,” kata Jones dalam satu episod rancangan miliknya Braveheart Show di YouTube. “Menuntut supaya semua orang Islam yang tinggal di sini mesti menyesuaikan diri mereka dengan nilai-nilai kami, dengan menjadi bangsa Amerika… Awak datang sini… sesuaikan diri dengan nilai-nilai kami, Perlembagaan kami, cara hidup kami… Kita patut hentikan segera pembinaan semua masjid di Amerika.”
Konsul Hubungan Amerika-Islam (CAIR) telah meminta supaya penganut Islam Amerika mengadakan majlis makan malam “Berkongsi Quran” dalam bulan Ogos ini, iaitu semasa Ramadan.
Kumpulan hak-hak awam percaya dengan mengedarkan salinan-salinan teks kepada masyarakat awam, para pegawai penguatkuasa undang-undang dan wartawan, akan dapat menyediakan maklumat tepat tentang Islam dan sekaligus dapat mengurangkan prasangka anti-muslim.
“Masyarakat Islam Amerika dan mereka yang berfikiran rasional hendaklah menyokong usaha-usaha pendidikan positif bagi mencegah penularan Islamophobia,” kata Ibrahim Hooper, pengarah CAIR national communications, dalam satu kenyataan.
Kontroversi aktiviti 9/11 yang dirancang oleh Dove World Outreach Center hadir di tengah-tengah perdebatan mengenai pembinaan sebuah masjid berhampiran Ground Zero.
Cadangan itu akan menukarkan bangunan lama Kilang Burlington Coat di New York City menjadi sebuah pusat bernilai USD100 juta yang mempunyai sebuah masjid, sebuah auditorium 500-tempat duduk, kolam renang, ruang-ruang pameran seni, kedai buku dan restoran.
Projek itu dicetuskan oleh Feisal Abdul Rauf, imam sebuah masjid di New York City dan pengasas Cordoba Initiative, iaitu pertubuhan yang bermatlamat untuk “menghimpun pemimpin-pemimpin Islam-Barat.”
Para penyokong menjelaskan bahawa fasiliti itu, yang dipanggil Cordoba House, berusaha menerapkan hubungan lebih baik antara masyarakat Islam dan penganut-penganut agama lain. Projek itu mendapat sokongan daripada masyarakat dan pegawai-pegawai perbandaran, termasuk Datuk Bandar Michael Bloomberg, dan juga kumpulan September 11th Families for Peaceful Tomorrows.
Pihak penentang fasiliti tersebut pula mempersoalkan imej Rauf sebagai seorang Muslim sederhana dan membantah bahawa masjid yang terletak di situ dianggap sebagai satu serangan terhadap kenangan mangsa-mangsa 9/11.
Empat buah kapalterbang dirampas oleh pengganas pada 11 September 2001. Dua daripadanya melanggar bangunan berkembar World Trade Center di New York City, satu terhempas di Pentagon dan satu lagi di kawasan padang Pennsylvania. Sejumlah 2,973 orang mati dalam tragedi itu.
Sumber : beritaislamglobal.blogspot.com dari AHN News Watch
Gambar (atas ke bawah)
1. Sr Pastor Terry Jones
2. Poster protes pembinaan masjid di Ground Zero
3. Sekitar protes
4. T-shirt kempen Islam is of Devil
5. Feisal Abd Rauf
6. Gereja New Testament di Gainesville
Tiada ulasan:
Catat Ulasan