Kapal BN menunggu karam? Umno Dah Jadi Parti Tullah

Ustaz Saiful Bahri

Di maklumkan bahawa beberapa pemimpin MCA dan Gerakan mengadakan satu perjumpaan sulit dengan pemimpin pembangkang di Hong Kong dan sekali lagi pertemuan susulan diadakan selepas itu di Pulau Sentosa, Singapura. Pemuda MCA Selangor pula telah mengambil pendekatan untuk bersedia bekerjasama dlm pembangunan masyarakat di Selangor setelah pertemuan tertutup selepas sidang Dun Selangor.

Seorang yang menghadiri mesyuarat bahagian Umno melapurkan bahawa semasa mesyuarat bahagian umno yang beliau hadiri baru2 ni, ketua bahagian pun banyak mention pasal apa projek besar2 yang boleh buat sebelum orang lain take over federal !!!

Mutakhir ini pun gawat pelbagai pemimpin politik termasuk Ngo dan terakhir sekali Mufti Harussani yang menggambarkan bahawa Umno akan kalah dalam pilihanraya umum ke-13. Mereka ini ke hulu ke hilir macam ayam ketik tungyal bahkan lebih sibuk daripada PM untuk mencari jalan bagi mengadakan perpaduan antara Umno dan Pas.

Pas pun macam anak dara berhias. Sibuk jual mahal. Sakit hati Umno dibuatnya. Rupanya Pas ada harga. Terus maintain dan bergaya. Umno pula dilihat macam laki gila talak. Dah nak habis minyak dok pusing depan pintu rumah mengintaikan Pas. Kekadang tengok pemimpin Umno nampak sangat ketakutan kalah dan dihambat keluar dari putrajaya. Mencari pelbagai jalan demi menyelamatkan survival politik dan kuasa mereka.

Umno sepanjang mengemudikan BN lebih mementingkan politik perkauman dan assobiyyah sempit mereka. Ini kerana mereka merasakan bahawa Umno tidak akan kalah buat selama-lamanya. Parti-parti rakan BN merasa tersisih dan kini adanya alternatif baru iaitu Pakatan yang dirasakan lebih mesra dan adil serta dibina bukan asas perkauman sempit. Tidak mustahil dalam menghadapi Pru-13 nanti Umno akan tinggal keseorangan apatah lagi krisis dalaman Umno sendiri yang tak kesudahan. Diantara pimpinan pula saling merasa curiga bahkan perbalahan merebut pangkat dan kuasa berterusan hingga kini.
Penyakit Umno sudah tiada ubatnya. Siapakah lagi mahu bersama dengan Umno. Ia bagaikan kakinya membengkak dan bernanah akibat kencing-manis, perut dihinggapi kanser usus, jantung sudah acap-kali buat pintasan, 2 kali seminggu kena hemodalisis. Anu pun dah kena siplis. Perangai dan akhlak tak usah cakap. Hah.. sapa lagi nak tunggu dan mendekatinya. Harapkan wang yang disonglap yang masih ada sisa. Baik lari awal sebelum sebelum penyakitnya berjangkit kepada orang yang mendekatinya.

Umno dilihat gagal mengurus dirinya sendiri. Gagal untuk menyatu-padukan ahli partinya sendiri. Gagal untuk membela bangsanya sendiri. Orang tidak yakin bagaimana mungkin Umno untuk menyatu-padukan orang melayu? Bagaimana ingin mengajak Pas bersatu dengannya? Dan Umno tidak tahu istilah ‘berubah’. Macam penagih tegar yang tidak tahu nak berubah dan berhenti untuk menagih dadah. Umno sendiri tidak mendengar suara rakyat. Mereka lebih mendengar suara kroni mereka. Sememangnya umno mempunyai satu telingga dua lidah. Umno sudah hilang keramatnya. Kini Umno parti tullah. (Bukan Parti Allah tetapi parti kena sumpahan).

Langkah yang terbaik adalah keluar berduyun-duyun meninggalkan Umno. Pergilah kepada parti yang lebih kukuh dasarnya iaitu Islam yang merupakan alternatif kepada orang melayu. Dasar yang diletakkan oleh Rasulullah Saw 14 abad yang lalu. Dasar yang terbukti mampu untuk menyatu-padukan umat dan bangsa didunia. Sudah tentu mampu untuk meyatu-padukan bangsa Malaysia. Pas terbukti berbakti di Kelantan, Kedah dan pernah memerintah Terengganu disebalik pelbagai tekanan dan fitnah oleh Umno yang menguasai pusat. Yang khianat adalah Umno dengan melakukan diskriminasi terhadap pemerintahan Pas meskipun sesama melayu.

Meskipun umur kedua parti itu agak sebaya tetapi kini pas dilihat semakin ceria dan bersedia untuk ke Putrajaya dan menongkah arus ke Wisma Darul Iman. Umno akan mengiringi parti LDP di Jepun dan Golkha di Indonesia. Tuan Guru Presiden sudah bersedia untuk mentalqinkannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan