Kes pasir: SPRM panggil semula ADUN PKR

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memanggil semula ADUN PKR, Shuhaimi Shafie hari ini berhubung siasatan kontroversi perlombongan pasir secara haram di negeri itu.

ADUN Sri Muda itu sedang disoalsiasat di ibupejabat SPRM di Putrajaya, dengan ditemani peguamnya, Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Ini adalah kali kedua Shuhaimi dipanggil berhubung perkara itu, selepas
disoalsiasat sebelum ini bersama dengan ADUN PKR Batu Caves, Amirudin Shaari minggu lalu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan