"Selepas ini sudah masuk Ramadhan yang sudah banyak diisi dengan program. Jadi kita rancang untuk buat pada pertengahan atau akhir Syawal.
"Kempen ini memerlukan mobilisasi ramai penyokong, jadi sesuai diadakan pada bulan Syawal," katanya lagi ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.
Nasrudin berkata, peserta program itu akan ditugaskan untuk menyapa dan menerangkan keburukan tabiat berjudi kepada pengunjung Genting Highlands.
"Peserta yang berminat boleh mendaftar di pejabat Dewan Pemuda PAS Pusat di Kuala Lumpur untuk mengikuti konvoi ini," tambahnya.
Difahamkan, GMJ akan bermesyuarat minggu depan bagi mengatur pengisian Kempen Tak Nak Judi, susulan kejayaannya melancarkan kempen itu pada hari Sabtu lalu.
Acara di Masjid Negara itu menarik kehadiran lebih 1,000 orang, termasuk wakil 60 NGO, termasuk Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis) serta Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan