Mari berjihad lawan UMNO BN, kata Dato' Fauzi A Rahman

21Halim
Hidup bagaikan roda. Enak bermewah ketika di atas dan susah gelisah ketika di bawah. Namun orang yang percaya kepada takdir Allah tetap ceria di mana posisi berada. Datuk Fauzi Abd Rahman (DFAR) menyatakan perjuangan beliau dalam membela nasib rakyat rupanya indah menyerlah ketika berada di bawah. Beliau lari dari gerombolan UMNO gara-gara disuruh percaya bahawa Anwar Ibrahim seorang peliwat.. Memang tidak munasabah!

Akibatnya, mantan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri ini disingkir menjadi ADUN di Beserah. Hidupnya terus berubah. Apa salahnya menjadi orang biasa di bawah. Tidak lama kemudian setelah puas berfikir, beliau menyertai PKR sekaligus menentang UMNO secara drastik tanpa mengenal erti kalah.

Malam tadi (30 Julai 2010), Pengerusi PKR Pahang ini turun ke Kg Mentara dekat Tanjung Gemuk, Rompin.. Ceramah beliau cukup indah. Lawak senario pun kalah! Pimpinan UMNO BN kini cukup buruk. Kesannya ekonomi negara memburuk. Katanya, kebobrokan UMNO disebut sendiri oleh Tun Mahathir. Hal ekonomi yang bakal terjunam ke jurang muflis disebut pula oleh Idris Jala, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana

50 tahun dahulu ekonomi Malaysia setara dengan Jepun dan tiga kali lebih baik daripada Korea. Kini, Malaysia hanya mencapai 15% sahaja berbanding ekonomi Jepun dan Korea pula 3 kali lebih baik berbanding Melaysia. Singapura pula kini saiz ekonominya tujuh kali lebih baik daripada Malaysia. Hanya ada satu perkataan sahaja yang menyebabkan Malaysia menanggung beban ekonomi ini, iaitu RASUAH. Kerajaan UMNO BN tidak tahu bersyukur memiliki bumi ini yang subur berbanding Biafra di Afrika sana. Jika tidak bersyukur, tentu Allah tarik keberkatan rezeki, katanya lagi. Menteri. Khir Toyo gagal menipu DFAR dalam bab pencurian pasir Selangor sebab beliau belajar dan lulus sebagai jurutera lombong di England! Tengok gambar sahaja sudah boleh agak bahawa pasir tersebut dilombong lebih awal lagi yakni ketika Khir Toyo sendiri menjadi Menteri Besar Selangor.

Kezaliman UMNO dikaitkan juga dengan kenaikan harga gula baru-baru ini. Katanya, seorang makcik berusia 60-an telah dilokap gara-gara berdemonstrasi. Tidak wajar makcik tersebut disuruh pakai seluar pendek uniform pesalah yang dilokap. Mengapa Polis ikut telunjuk UMNO walhal jika tindakan mereka salah, mereka sendiri yang akan masuk kandang seperti Tan Sri Rahim Noor yang didapati bersalah kerana menjadi punca Anwar Ibrahim bermata lebam.

DFAR mengajak orang ramai jangan terus jadi bangang kerana menyokong UMNO BN. Fikirlah sendiri bahawa dalam PRU ke 12 lalu, hanya Johor Bahru dan Kangar sahaja ibu negeri di Semenanjung yang menjadi milik BN. Jika 5 % lagi rakyat Pahang beralih arah, maka 19 kerusi DUN menjadi milik PR.

Secara humor, DFAR menyatakan bahawa beliau tidak mahu jatuhkan UMNO BN tetapi mahu menjadi ganti BN memerintah negeri. Tidak akan ada sesiapa yang mampu menolak takdir Allah. Marilah bulatkan niat untuk mati syahid dan berjihad menentang kezaliman UMNO BN.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan