MEMBONGKAR 3 usaha UMNO dan Zulkifli Noordin kaitkan PAS dengan terrorisma

dewa
DAH terdesak sangat nampaknya UMNO hendak memburukkan imej Tok Guru dan PAS. Sebelum ini, PAS dipanggil oleh UMNO sebagai Parti Ajaran Sesat, Ekstremis, Pelampau, Anti-Establisment dan Parti Angan-angan Mat Jenin. Selepas PAS mendapat sokongan yang semakin padu dari kaum Muslimin dan bukan Islam,

UMNO-APCO mengaitkan pula PAS dan Tok Guru dengan terrorima dalam usaha terdesak meraih simpati Amerika dan Israel. Artikel membongkar beberapa taktik terkini UMNO dan bahaya besar yang menunggu PAS:

1. KMM

ISA sudah digunakan di Malaysia sejak tahun 1960 untuk menghalang komunisme. Dibawah seksyen 73(1), polis boleh menahan sehingga 60 hari tanpa waran dan tanpa bicara di mahkamah. Selepas 60 hari, Menteri UMNO boleh menambah tempoh tahanan sehingga 2 tahun tanpa perlu memberi apa-apa bukti.

Pada tahun 1989, ISA telah dikemaskini oleh UMNO untuk menghalang 'semakan kehakiman' dan mengurangkan campurtangan mahkamah.

ISA telah digunakan untuk menutup sekolah-sekolah dan madrasah-madrasah PAS.

Tahun 1987, ISA digunakan untuk menahan musuh-musuh politik Tun Mahathir, yang menjadi pujaan hati ahli bawahan UMNO semula selepas dicemuh-cemuh oleh UMNO dibawah zaman Pak Lah.

Tahun 2002 (14 April), 14 anggota kumpulan teroris KMM ditahan dibawah ISA. Sebelum itu, pada Ogos 2001, 10 orang yang disyaki militan ditahan dibawah ISA.

UMNO pun telah mula menjaja cerita bahawa mereka yang ditahan ini menyokong perjuangan Islam oleh PAS.

Hamas telah dicop sebagai teroris oleh Amerika sekalipun mereka menang pilihanraya di Palestin. PAS dilihat lebih simpati kepada Hamas berbanding uMNO yang lebih simpati kepada APCO. Justeru, usaha memburukkan PAS oleh UMNO kelihatan lebih mudah dengan mengaitkan PAS dengan mereka yang anti-Israel dan anti Zionis.

2. Sekolah dan madrasah PAS ditutup

Madrasah madrasah yang berada dibawah PAS juga ditutup oleh UMNO menggunakan ISA dengan alasan mereka menaja terorisma. Tak cukup dengan itu, Najib sendiri pergi ke Mesir untuk meminta kerajaan Mesir jangan mengambil pelajar Melayu yang ingin pergi belajar agama di Mesir melainkan mereka yang ditaja oleh UMNO dan kerajaan.

3. Kaitkan PAS dengan perang dan jihad

ZulKifli Noordin berulangkali mencerca PAS. Antara ayatnya sebelum ini ialah ADUN PAS sibuk mengutip derma jihad sedangkan bahasa mereka kasar sehinggakan iblis pun akan menangis mendengarnya.

Tidak pelik jika di masa depan akan keluar lebih banyak kenyataan mengaitkan PAS dengan terrorisma oleh ZulKifli Noordin.

UMNO dan BN ni memang psiko la. Kejap kata PAS teroris dan ekstremis Islam, lepas tu kata PAS ejen DAP yang anti Islam pulak. Otak dekat lutut UMNO nih.

Ya Allah! Selamatkanlah kami dari fitnah, dan dari pendengki apabila mereka dengki.

Sumber rujukan:

wikipedia.

Islamic Human Right Commission: http://www.ihrc.org.uk/show.php?id=973

Tiada ulasan:

Catat Ulasan