Obor pula 'menerangi' Keadilan di pasaran

Suara Keadilan terus diterbitkan tetapi edisi yang dikeluarkan Isnin lalu menggunakan judul Obor Keadilan, kata pengarangnya, Dzulkarnain Taib.

Meskipun permit akhbar PKR itu berakhir 7 Julai lalu, namun Akta Mesin Cetak dan Penerbitan membenarkan terbitan berkala untuk edisi tunggal dicetak tanpa permit.

Sehubungan itu, setiap penerbitan itu membawa judul yang berbeza.

"Ini adalah siri kedua, penerbitan bukan berkala dan kami akan meneruskannya selama mungkin sehingga mendapat permit,” kata Dzulkarnain melalui telefon.

Katanya, edisi kali ini memaparkan bagaimana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memerah Petronas dengan tajuk “BN Perah Petronas”.

Suara Kedailan menghadapi 'masalah' apabila Kementerian Dalam Negeri membuat laporan polis ke atas mereka kerana menerbitkan 'dokumen rahsia' dan menerbit tanpa permit.

Ahad lalu, Dzulkarnain diarahakan ke ibu pejabat polis daerah Putrajaya bagi membantu siasatan berhubung dakwaan berkenaan.

Awal bulan ini, KDN juga melahirkan rasa kurang puas hati dengan jawapan Suara Keadilan berhubung surat tunjuk sebab dan meminta penjelasan baru dikemukakan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan