Perbicaraan kes khalwat Norman,Memey ditangguh

KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes dakwaan khalwat membabitkan pelakon Norman Hakim dan pasangannya, Memey Suhaiza yang sepatutnya bersambung pada Jumaat terpaksa ditangguhkan setelah Hakim, Salehan Yatim ditukar sebagai Pendakwa Syarie di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Peguam Syarie Fakhrul Azman Abu Hassan yang mewakili Norman dan pasangannya berkata, kes itu akan ditangguhkan pada 13 Ogos ini.

Norman Hakim berpakaian putih manakala Memey Suhaiza berbaju kurung warna merah tiba di mahkamah kira-kira jam 9 pagi sebelum pulang 40 minit kemudian.

Sementara itu, pendakwa syarie, Muhamad Nazri Basrawi memberitahu, saksi keenam yang juga orang awam, Muhamad Yusri Abd Razak sepatutnya memberikan keterangan pada prosiding semalam.

Norman dan Memey dibicarakan atas tuduhan berada bersama dalam keadaan yang menimbulkan syak berkhalwat di antara jam 1.45 dan 3 pagi, 30 Oktober 2008 di pejabat beralamat 4-1A, Jalan UP 1/2, Taman Ukay Perdana, Ampang.

Norman didakwa mengikut Seksyen 29(1)(a) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995, manakala Memey pula dituduh mengikut Seksyen 29(1)(b) enakmen sama.

Mereka boleh dipenjara maksimum dua tahun atau denda RM3,000 atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan