Lima anggota polis tiba ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, sebentar tadi, dipercayai berikutan siasatan terhadap seorang ahli majlis pimpinan pusatnya Badrul Hisham Shaharin.
Menurut ketua penerangan PKR,Latheefa Koya, anggota polis berkenaan kini menunggu Badrul yang sudah dimaklumkan dan dalam perjalanan.
“Kehadiran polis mengganggu pekerja dan petugas parti yang bimbang data sulit mereka akan dirampas," katanya.
Pada 9 Julai lalu, Badrul yang juga dikenali sebagai Chegubard ditahan polis di Seremban kerana tulisannya dalam blog mengenai Altantuya Shariibu.
Badrul yang juga pengarang buku Di Sebalik misteri pembunuhan Altantuya juga berkata rumahnya di Bukit Chedang, Seremban digeledah polis selepas beliau ditahan.
Polis kemudian merakamkan kenyataannya di IPD berkenaan dan beliau kemudiannya dibebaskan beberapa jam selepas disiasat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan