KULIM: Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun dan masih bersekolah di sini, ditangkap kerana melakukan perbuatan tidak bermoral bersama teman lelakinya di sebuah kedai snuker kira-kira jam 3.45 pagi kelmarin.
Juru cakap Pejabat Agama Islam Kulim Kedah (PADK) berkata, PADK menerima aduan orang ramai kira-kira jam 2 pagi dan sampai ke tempat kejadian kira-kira jam 3.20 pagi.
Katanya, ketika pemantauan dibuat terhadap premis rumah kedai itu, ia dalam keadaan berkunci dari luar.
“Tujuh anggota penguat kuasa PADK pergi ke kedai snuker di sebuah taman perumahan di sini. Apabila sampai ke premis itu, kami dapati pintu di bahagian depan dikunci dari luar. Ini dilakukan untuk mengaburi penguat kuasa yang datang untuk membuat pemeriksaan.
"PADK memanggil beberapa kali sebelum mengambil keputusan membuka pintu itu. Apabila berjaya masuk ke dalam kedai itu, kami menjumpai sepasang kekasih sedang tidur di atas meja snuker," katanya.
Menurutnya, pihaknya memperkenalkan diri dan menunjukkan kad kuasa PADK.
“Hasil pemeriksaan kami mendapati, kedua-dua pasangan itu tidak mempunyai sebarang hubungan sah,” katanya.
Juru cakap itu berkata, siasatan awal terhadap pasangan lelaki, dia mengaku mengajak kekasihnya itu tidur di kedai snuker kerana takut hendak menghantar temannya itu balik ke rumah kerana lewat malam.
"Remaja perempuan menangis kerana ketakutan ketika ditangkap, bagaimanapun dia ditenangkan pegawai PADK yang terlibat dalam serbuan itu.
“Mereka diarahkan untuk memakai baju sebelum di bawa ke Balai Polis Kulim untuk buat laporan,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan