UMNO: Tua Tak Larat, Nafsu Je Kuat, ada hati nak meminang lagi!

Ustaz Saiful

Masa budak-budak dulu seronok kalau baca cerita sang kancil. Antaranya kisah buaya yang tertimpa kayu. Kebetulan kerbau melalui pinggir sungai dan sang buaya meminta tolong. Kesihan melihat buaya tersepit lalu ditolongnya. Setelah terlepas lalu disambar kaki sang kerbau untuk dimakannya. Nasib baik ada sang kancil yang berjaya melepaskan.

Ianya sama dengan pribahasa bab melepaskan anjing tersepit. Kalaupun kita merasa belas kasihan kerana ingin melepaskan seekor anjing yang dalam kesakitan ini, kita perlu mengambil langkah berjaga jaga kerana binatang ini adalah karnivor! Bergigi taring dan dalam kesakitan, tersalah buat ia mengigit tangan kita apabila melepaskan anjing yang tersepit itu. Ia tidak kenal siapa yang menolongnya bahkan tak mengenang budi langsung. Ia bermaksud seseorang yang tidak tahu berterima kasih setelah ditolong sewaktu susah sebaliknya memberi kesusahan kepada si penolong!!

Inilah yang berlaku semasa peristiwa 13 mei. Umno rasa tersepit lalu mengharapkan pertolongan dari Pas. Bahkan Tun Abdul Razak sanggup menjanjikan untuk meminda perlembagaan bagi melaksanakan undang-undang Islam bahkan memberi ruang kepada Pas untuk berdakwah dan menerapkan Islam dalam pentadbiran. Demi sebuah perpaduan dan keamanan Negara, Pas ketika itu sedia menyambut salam perpaduan setelah mendapat mandat parti dan mengadakan persefahaman dengan Umno. Bermulalah kerajaan campuran dalam perikatan dan kemudiannya di kenali Barisan Nasional.

Peringkat awal gabungan ini menmpakkan perubahan dan pentadbiran. Arak sudah tidak dihidang dalam majlis rasmi yang dahulunya merupakan amalan rutin. Majlis tarian lelaki dan perempuan dalam majlis rasmi kerajaan mula dikurangkan. Azan mula berkumandang di radio dan kaca TV. Akademi pengajian Islam ditubuhkan bermula di Nilam Puri kemudiannya di Universiti Malaya di Kuala Lumpur dan banyak lagi perubahan jahiliyyah British yang bertapak dalam pentadibran hasil pemerintahan Umno-BN.

Tetapi ia tidak lama. Apabila Umno merasa sudah kuat dan tidak memerlukan Pas lagi, apatah lagi Pas sudah mula dikenali dan ingin membuka cabang-cabangnya diluar Terengganu dan Kelantan termasuk ke Johor lalu Umno menganggap ini semua akan membahayakan politik Umno dan bermulanya penyingkiran Pas dari BN dan terakhirnya berlakunya Mageran di Kelantan yang diperintah oleh Pas. Inilah pengkhianatan yang jelas terhadap kepercayaan yang diberikan Pas demi sebuah perpaduan.

Hari ini sejarah itu berulang kembali. Setelah Pru-12 yang menyaksikan kehilangan banyak sokongan terhadap Umno & BN maka mereka mula memainkan gendang lama itu dan dipalu dengan irama yang sama. Demi sebuah perpaduan dan kuasa melayu. Demi pembangunan Negara. Hakikatnya demi talihayat dan survival UMNO.

Kekadang kita hairan, dalam masa ucapan pimpinan serta media mereka menghentam dan menggasak pimpinan Pas dan PR tetapi mutakhir ini menhulurkan tangan persaudaraan untuk kerjasama antara Pas dan Umno. Menuduh Pas sebagai sesat tetapi ingin berkerjasama. Ingatkan ingin diharamkan macam al-Arqam. Menduduh Pas sebagai JI dan pengganas. Ingatkan nak di ISAkan atau di ekstradisi ke Amerika tetapi ingin bergabung bersama.

Pas tetap dengan dasar Islamnya dan tak pernah menutup pintu kepada sesiapa pun yang meletakkan dasar Islamnya untuk ia bekerjasama tetapi mestilah atas dasar Islam. Kalaulah selama ini Umno gagal untuk memupuk perpaduan atas dasar assobiyyah dan kebangsaan. Kenapa tidak bertukar kepada dasar Islam kerana kini Pas sendiri diterima oleh orang Islam maupun bukan Islam.

Terakhir bermadahlah pula Perdana Menteri selaku Presiden Umno itu berkata PAS harus menghormati Umno sebagai parti yang memperjuangkan Islam, yang merupakan satu daripada teras perjuangan mereka selama ini. Beliau berkata tiada sesiapa yang harus meragui perjuangan Umno dalam hal tersebut.

Dalam masa yang sama Najib menyatakan bahawa Umno kuat dan tidak lemah hingga perlukan PAS . Umno mempunyai kekuatan tersendiri dan parti itu bukan terlalu lemah sehingga terpaksa bekerjasama dengan PAS. Dah kuat kenapa terhegeh-hegeh pulak macam jantan gila talak.

Inilah dia politik Umno. Dah tahu tak larat dan tak kuat. Janganlah berbini ramai. Cukuplah kompenen BN yang ada. MCA, MIC, GERAKAN, dan beberapa parti yang ada. Itupun sekarang dah porak peranda. Bahkan lihatlah mesyuarat agung bahagian Umno sendiri pun kucar-lana. Dah le tak larat nak tenangkan parti-parti yang ada. Permintaan dan desakan parti-parti tersebut pun tak tertunai. Tetapi nafsu nak memerintah kuat. Itu pasal ada hati nak meminang Pas pulak. Keadilan taknak pulak? Kenapa? Nak pinang Pas kena pinang semua PR. Takkan nak anak, keluarga taknak? Itu menantu kurang asam tu.
Nampaknya dulu setelah mengamalkan politik buaya dan anjing tersepit kini Umno nak meniru politik ahli gusti pula. Kalau kita menonton pertarungan gusti. Biasanya ada yang baik dan ada yang jahat. Pengusti jahat biasanya akan sentiasa menggasak tanmpa ampun dan maaf semenjak permualaan perlawanan. Tiada undang-undang bahkan pengadil pun dia tipu. Tetapi apabila datang peluang kepada pengusti baik, lalu dihulurnya tangan persahabatan seolah-olah ingin berdamai.. tetapi bila disambut lalu dihentam dan dikeronyoknya pengusti baik itu tanpa member ruang walau sedikit. Kekadang pengadil pun seolah-olah berat sebelah.

Lebih kurang sama dengan UMNO lah. SPR, Tentera, Polis termasuk jabatan-jabatan kerajaan dan kementrian diperalatkan untuk kepentingan politik mereka. Digunakan segenap kekuatan untuk menghentam dan melanyak Pas dan PR tetapi kini seolah menghulur tangan persahabatan dan perpaduan. Seolah-olah hendak bersama-sama menegakkan Islam. Benar ke kehendak UMNO itu? Atau mengali lubang untuk mematuk Pas? Dipatutkah Pas untuk kali kedua pada lubang yang sama?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan