Undi Awal, Memang SPR Pandai Bergurau

laniisma
Memang SPR pandai bergurau. SPR ada azam untuk mengurangkan kutukan kepadanya. Pengundian undi pos yang diundang kontroversi ingin diganti dalam cadangan pindaan undang-undang pilihanraya, kata orang kuatnya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Undi pos ingin diganti, kata SPR kontroversinya adalah "undi awal". Itulah sebabnya SPR pandai bergurau. Undi awal yang menimbulkan kontroversi kata SPR bukannya kata orang yang selalu mengutuknya.

Undi awal memang orang yang dianiayai SPR tidak mahu dan tidak suka. Namun orang yang dianiayai SPR lebih tidak mahu dan lebih tidak suka kepada undi pos itu. Bukannya ingin digodek-godek undi pos maka ingin diawalkan tetapi masih lagi undi pos. Pusing-pusing pun, undi pos juga. Bukan itu yang ingin dilihat orang yang selalu mengutuk SPR. Orang-orang yang suka undi pos hanyalah Umno dan BN. Tentunya Umno dan BN seronok lagi orang yang dianiayai SPR kena macam itu juga.

Hapuskan undi pos, bukannya susah sangat mereka yang nak mengundi pos mengundi macam orang biasa mengundi. Itulah yang ingin dilihat orang, kecuali yang suka undi pos itu dari spesis orang utan.

SPR inginkan orang kurangkan kutukan kepadanya. Kutukan itu tak akan berkurang kerana tentunya sepanjang masa SPR lebih sukakan Umno dan BN.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan