Usaha jamin keselamatan Tharmendran

Sekumpulan ahli parlimen dan peguam yang mewakili bekas sarjan Tentera Udara Diraja Malaysia, N Tharmendran kini dalam perjalanan bagi menyerahkan nota tuntutan kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di kementerian pertahanan.

NONEKumpulan itu menuntut kerajaan memberi jaminan bertulis berhubung keselamatan bekas sarjan itu yang didakwa menghadapi kemungkinan 'ditahan atau ditekan' oleh bekas rakan-rakannya,

Ahli parlimen itu terdiri daripada M Manoharan, S Manikavasagam dan Zuraidah Kamaruddin, manakala kumpulan peguamnya adalah N Surendran dan Latheefa Koya.

Hadir bersama ialah bapa Tharmendran - N Nagarajah.

Mereka dibenarkan masuk setelah berbincang dengan penasihat pertahanan Brig. Jeneral Md Dzhahir Abdul Rashid pada jam 11 pagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan