16 September cuti umum berbayar, kata menteri

KUALA LUMPUR 25 Ogos: Pekerja yang bekerja pada 16 September iaitu Hari Malaysia perlu diberi cuti umum berbayar.

Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S Subramaniam dalam satu kenyataan hari ini berkata perkara itu tertakluk di bawah Seksyen 60D 1 b Akta Kerja 1955.

Kerajaan telah mengisytiharkan bermula tahun ini tarikh 16 September adalah cuti umum sempena Hari Malaysia dan penetapan itu telah diwartakan pada 9 November 2009 di bawah Akta Hari Kelepasan 1951.
-Bernama-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan