Anwar: Agak malang, Chua 'jahil dan bongkak'

Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membidas presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek kerana melabelkan negara-negara Islam sebagai tidak progesif dan korup. Katanya, tuduhan itu mencerminkan kejahilan dan sifat bongkak pemimpin BN itu.

Anwar, yang juga ketua umum PKR berkata beliau tidak bercadang menghukum mereka yang menentang Islam, tetapi komen Chua dianggap keterlaluan dan begitu jahil berhubung situasi sebenar masyarakat Islam.

Merujuk kepada amaran Chua kepada masyarakat Cina di negara ini berhubung kerjasama dengan PAS, Anwar berkata Malaysia perlu diselamatkan bagi memastikan masyarakat Islam dan bukan Islam memahami dan menghormati agama dan budaya satu sama lain.

Tak dapat terima

“Saya tidak mahu menghukum sesiapa kerana menjadi anti(Islam) tetapi dia telah mempamerkan kejahilan dan begitu bongkak. Bagi saya, ini tidak dapat diterima,” katanya pada sidang media selepas berucap pada persidangan Integriti Antarabangsa di Pulau Pinang.

“Saya tidak tahu, tetapi berdasarkan pergaulannya dengan Umno itu langsung tidak memperlihatkan bahawa beliau memahami dan menghargai perasaan prihatin masyarakat Islam,” katanya.

Chua pada Konvensyen Tahunan ke-33 MCA Kedah di Alor Star, semalam telah memberi tanggapan negatif kononnya negara-negara Islam itu “tidak progresif, korup, miskin dan terkebelakang”

Sehubungan itu, beliau membidas kedua-dua Umno dan PAS kerana menggunakan agama bagi meraih sokongan di kalangan masyarakat Melayu.

Menurut Chua, apabila dua parti Melayu yang dominan itu bersaing, kesannya akan wujud dasar-dasar yang tidak progresif - menyebabkan negara terperangkap dalam kategori penduduk berpendapatan sederhana untuk lebih 10 tahun.

Beliau juga berkata Umno telah menjadi lebih konservatif untuk bersaing dengan PAS bagi mendapatkan sokongan Melayu.

Pelajari Confucius

Pada majlis itu, Anwar juga memuji inisiatif kerajaan Pulau Pinang yang merintis ruang bagi masyarakat Islam dan bukan Islam untuk menghargai sumbangan positif sesama mereka.

“Dalam hal yang sama, sebagai seorang insan, saya cuba mempelajari Confucius, cuba membaca atau membaca semula Ramayana dan Mahabharata. Bagi saya, ini penting kerana ia sebahagian daripda lanskap negara kita yang terdiri daripada penduduk pelbagai bangsa dan agama,” katanya.

“Pem

impin juga mesti bergerak ke hadapan. Saya berpendapat kekuatan Pakatan Rakyat adalah kerana kami mengamalkan politik baru yang menghargai dan mempelajari kelainan setiap kaum dan suku bangsa,” katanya lagi.

“Gejala takut kepada Islam atau
Islamic phobia dan pendirian anti-Islam telah diluahkan oleh beberapa pihak seperti (Samuel) Huntington tetapi untuk melihat pemimpin politik Malaysia terikut-ikut dengan kejahilan itu, adalah sesuatu yang agak malang,” tambahanya.

-malaysiakini-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan