Anwar : Unjuran Malaysia Terkebelakang Berbanding Negara Jiran

FARDILLA DIN
19 Ogos
: Kadar Keluaran Dalam Negeri Kasar suku kedua tahun ini adalah lebih rendah dari paras suku kedua tahun lalu. Justeru itu, permintaan asing untuk keluaran Malaysia semakin menurun sejak tahun lalu.

Menurut Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), walaupun terdapat peningkatan 8.9 peratus KDNK Negara antara suku pertama dan kedua tahun ini, namun ia masih lagi ketinggalan jika dibandingkan tempoh yang sama tahun lepas.

Perkara tersebut sebenarnya perlu dibimbangi semua pihak terutamanya Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak kerana Malaysia masih kekal corot berbanding jiran terdekat Indonesia dan Singapura yang mencatatkan kemasukan pelaburan asing yang lebih baik dari Kuala Lumpur.

“Singapura umpamanya mencatat unjuran dan jangkaan sebanyak 13 peratus hingga 15 peratus manakala kita hanya sekitar 6 peratus sehingga 7 peratus sahaja untuk tahun 2010 dan catatan Indonesia juga lebih memberangsangkan” kata Anwar.

Anwar juga berkata Umno-BN ghairah melaungkan pencapaian kecil-kecilan bagi memperindahkan imej sistem negara yang hancur dengan rasuah dan salahguna kuasa. Beliau yang juga bekas Menteri Kewangan berkata tidak ada yang boleh dibanggakan dengan unjuran yang tidak seberapa ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan