Hina Islam: SAMM ancam bertindak ke atas Chua

Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek hari ini menerima memorandum 'amaran' daripada sebuah NGO dan pemimpin pembangkang berhubung kenyataannya baru-baru ini yang menyentuh isu negara-negara umat Islam.

Empat wakil Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) diketuai Badrul Hisham Shaharin (dua dari kiri) - juga ahli majlis pimpinan pusat PKR - yang menyerahkan memorandum itu mendakwa Chua telah menghina Islam.

Pada 6 Ogos lalu, Chua dilaporkan membidas kedua-dua Umno dan PAS kerana didakwa
menggunakan agama bagi meraih sokongan di kalangan masyarakat Melayu.

Merujuk kepada buku Syed Akbar, Chua (
bawah) menyenaraikan semula beberapa ciri umum di 57 negara Islam, antaranya, kurang demokrasi kerana terlalu mementingkan agama; pemimpin Islam veteran menikmati kuasa mutlak dan membuat dasar yang tidak setara dengan pembangunan global.

Ucapan itu mengundang kritikan keras daripada pemimpin pembangkang sama ada yang Islam dan bukan beragama Islam, antaranya daripada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Sebelum naik ke ibu pejabat MCA di Jalan Ampang, Badrul memberitahu pemberita, Chua diberikan 14 hari untuk menarik balik kenyataannya dan membuat permohonan maaf atau "atau bakal menghadapai tindakan anak muda daripada seluruh negara di depan pejabatnya".

Badrul berkata, kumpulan itu akan bertindkan di seluruh negara. Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan lanjut 'tindakan' itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan