Kenapa PDC bodo sangat berurusan dengan KMA?

Penarik Beca

Betul kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, halang Melayu berniaga di bazar Ramadan di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) adalah tindakan tidak adil.

Yang adil adalah tibai siap-siap duit 27 peniaga yang Muhyiddin kata mencari makan 'kais pagi, makan pagi' sedangkan 17 dari mereka belum tentu boleh dapat gerai kerana tiada persetujuan.

Tidak pula dilaporkan oleh akhbar Umno peniup api perkauman adakah wang yang ditibai dari peniaga-peniaga 'kais pagi, makan pagi' itu telah diserahkan kepada pihak yang menyewakan, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) .

Tapi tak apa. Mungkin mengikut piawaian Umno, adalah sangat adil kalau ditibai siap-siap duit 27 peniaga yang Muhyiddin kata mencari makan 'kais pagi, makan pagi' sedangkan 17 dari mereka belum tentu boleh dapat gerai kerana tiada persetujuan.

Dah tibai awal-awal lagi duit dari 27 peniaga sedangkan hanya 10 yang dipersetujui boleh dapat tapak, lepas tu cry foul dan jerit "anti-Melayu" bila 17 orang tu tak dapat berniaga.

Jangan ditanya berapa jumlah duit yang ditibai dan berapa pula yang diserahkan kepada PDC. Jangan tanya fasal untung atas angin. Itu semua tak adil.

Yang adil ialah mesti jerit dalam Utusan Malaysia, TV3 atau mana-mana media peniup api perkauman bahawa "Melayu ditindas".

Bagi saya, yang paling adil ialah kita semua kena tanya PDC awat bodo terlajak sangat sehingga pergi berurusan dengan entah mana punya mamu dalam Persatuan Perniagaan Komtar (KMA) dan tak mahu berurusan terus dengan peniaga-peniaga?

Assalamu'alaikum, persatuan mana lagi nak anjur tunjuk perasaan kerana peniaga tak dapat gerai selepas kutip siap-siap duit depa?

Macam mana pulak kalau kita, pengguna, tunjuk perasaan awat barang mahal sangat bulan Ramadhan ni? Sah-sah menyerbu belantan FRU!

Berkaitan:

1,000 peniaga protes hari ini (Utusan Malaysia 9/8/10)
Penganjur tidak bayar sewa punca masalah di Komtar (Harakahdaily 9/8/10)
Bazar Ramadan: PDC nafi halang peniaga Melayu berniaga di Komtar(Malaysian Insider 9/8/10)
Ramadan: Peniaga Melayu Komtar protes dilarang berniaga (Malaysiakini 9/8/10)
Muhyiddin: Halang Melayu berniaga di bazar Ramadan tindakan tidak adil(Malaysian Insider 9/8/10)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan