Mari Bantah Hari Membakar Al-Quran

blalang
Umat Islam memang sentiasa diprovok. Mereka sangat cemburu dengan Agama Ad-deen ini.

Isu ini sepatutnya yang patut diambil berat oleh orang Islam di Malaysia dan Indonesia serta seluruh dunia! Umat Islam mesti bersatu menentang perkara ini.

The Dove World Outreach Center sebuah gereja di Gainesville, Florida, akan mengadakanhari membakar Al-Quran. Acara yang mereka panggil “International Burn a Quran Day” akan diadakan pada tarikh 11 September 2010 dalam acara mengingati peristiwa runtuhnya World Trade City di New York yang mereka menuduh dilakukan oleh Al-Qaeda.

Banyak juga artikel berkaitan mengatakan bahawa peristiwa 11/9 itu dilakukan oleh kaum Yahudi yang saja nak memburukan Islam.

Pada website Dove – yang memang memaparkan artikel-artikel anti Islam dengan menjual t’shirt dan mug yang tertulis “Islam Is The Devil” menganjurkan hari pembakaran Al-Quran Sedunia malah mereka mempromosikan secara terang-terang di media Barat.

Kempen tersebut mendapat kecaman dari orang Kristian sendiri. National Evangelistic association, mengeluarkan pernyataan mendesak gereja untuk membatalkan acara tersebut. Peringatan yang diadakan dengan pembakaran Al Quran itu boelh menimbulkan ketegangan di seluruh dunia antara kedua agama, Islam dan Kristian.

“Mari kita mengembangkan hubungan kepercayaan dan menghormati agama lain. Kita semua adalah ciptaan-Nya. Oleh karena itu marilah saling menghormati,” demikian sikap Asosiasi Nasional Evangelis.

Dalam balasan ke atas kempen tersebut, kumpulan Islam Council American-Islamic Relations, telah melancarkan kempen untuk memberikan 100,000 salinan Quran untuk penduduk di sana dan juga pemimpin. Mereka juga meminta umat Islam dan penyokong untuk menjadi tuan rumah “berkongsi” Al-Quran sempena bulan Ramadan.

“Muslim Amerika dan orang lain dari yang mempunyai hati harus menyokong usaha pendidikan yang positif untuk mencegah penyebaran Islamophobia,” kata jurucakap CAIR – Ibrahim Hooper.

Kepada yang mempunyai akaun Facebook boleh like page Against ”International Burn A Koran Day”di sini. Pihak gereja di Malaysia juga sepatutnya menyatakan pendirian ini berkaitan isu ini dan meminta pihak tersebut membatalkan hasrat tersebut.

Selain dari membantah acara tersebut, kita sebagai umat Islam sepatutnya sama-sama membuka Al-Quran di rumah kita dan membacanya. Jangan sampai kita marah Al-Quran dibakar tetapi kita sendiri tidak membaca dan menghayati maksud Al-Quran itu sendiri dan dibiarkan berhabuk di atas almari. Mungkin ini adalah hikmah disebalik isu hangat ini.

Semoga Allah menurunkan bala kepada mereka yang bercadang mahu membakar Al-Quran tersebut dan membuka hati kita untuk membaca Al-Quran setiap hari dan mengamalkan ajarannya setiap hari.

Posted @ www.isuhangat.net. Kongsi artikel ini dengan sahabat dan umat Islam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan