Media BN langgar batas puasa

albangi
Sepanjang bulan puasa ini, media BN khususnya RTM 1, mula menayangkan dokumentari betapa kerajaan PR di Kedah, Selangor, dan P. Pinang "lemah", "tidak prihatin", tidak bertanggungjawab" ke atas kebajikan rakyat di negeri PR.Maka ditunjukkan contoh-contoh rumah terbengkalai, kawasan tepi pantai terhakis, orang susah dan miskin terbiar dan macam2 lagi.

Kemudian pengacara membuat ulasan kerajaan PK tidak tunai amanah.Selepas itu ditunjuk pula wakil rakyat BN, ADUN dan MP berdekatan yang mengambil tahu tentang masalah rakyat tadi dan tolong selesaikan masalah tadi. Ish ish ish ...punyalah baik kerajaan BN!

Inilah siri kempen pilihanraya BN sudah mula kelihatan semakin jelas. Bulan puasa yang mulia ini nak langgar batas-batas agama, memburuk-burukkan orang melalui media BN seluruh Malaysia dan seluruh dunia.PRU ke 13 mungkin akan diadakan awal tahun 2011 sebab BN sedang buat kira-kira untuk tarik subsidi kerana Malaysia sudah tidak ada duit lagi. Tetapi penarikan susbsidi hanya boleh dibuat selepas pilihanraya dan selepas mereka menang semula. Kalau ditarik subsidi sebelum PRU, gerenti BN kalah.

Lagi lama BN tunggu lagi banyak duit kering. Satu jalan ialah batal subsidi ke atas minyak dan barang keperluan. Satu cara lagi nak cari duit, kutip saman ekor yang tertinggak.Tunggu ajalah orang kelas bawah dan kelas menengah bawah, bila BN menang lagi sekali dalam PRU akan datang, rakyat akan merasai nikmatnya di bawah payung BN.

Di P.Pinang kerajaan BN marah sebab imam baca doa supaya orang Lim Guan Eng diberi hidayah masuk Islam. Dan sekarang P.Pinang diserang lagi bertubi…bukan kerana apa sangat…sebab Penang boleh bagi duit raya RM400 pada setiap kakitangan kerajaan!

Itu yang BN pening kepala, maka dicarilah isu untuk tenggelamkan Penang. Bila Lim Guang Eng edar risalah sambutan Ramadan dan memberikan nasihat kepada umat Islam, lagi bertambah besar bisul orang UMNO hingga tak sedap duduk. Itu sebab BN sekarang ni ke hulu hilir mecari isu untuk dilontar pada Penang.

Buatlah kerja elok dan maaruf bulan puasa ni.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan