Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Mun Kok Keong yang mengesahkan kejadian itu berkata mangsa melecur pada separuh badan dan kini mendapat rawatan di Hospital Umum Sarawak.
“Polis menahan lelaki yang berusia 39 tahun itu untuk membuat siasatan lanjut. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan,” katanya.
Dalam kejadian kira-kira 6.30 petang itu, abang mangsa yang berusia 16 tahun yang baru balik dari bekerja mendapati ibunya pengsan dipercayai dibelasah bapanya manakala adiknya itu melecur separuh badan akibat dituangkan air panas.
Lelaki berkenaan dikatakan seorang yang panas baran dan selalu memukul keluarganya.
-Bernama-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan