Pengedar Dadah Lebih Mulia dari Ahli Politik

rozmal
Tak tahulah sampai bila media tak henti-henti cakap pasal politik, terutama di masjid. Siapa tahu, mungkin di akhirat nanti pengedar dadah akan lebih dimuliakan, kerana pengedar dadah ini memuliakan masjid. Tengok tak malam tadi Rabu 18 Ogos 2010 di TV3 jam 10 malam rancangan Dari Masjid ke Masjid , kisah bekas pengedar dadah?

Ceritanya di sebuah masjid di Negeri Sembilan. Pengedar dadah ini telah ditahan di penjara Simpang Renggam selama 2 tahun. Lepas tu di buang daerah di Seremban.

Dah kena buang daerah dia tak tahu apa nak buat, siapa nak bantu dia. Akhirnya pihak jawatankuasa masjid ambillah bekas pengedar dadah ini yang masih dalam pengawasan polis sebagai siak masjid.

Memang dia seorang yang rajin, saya sendiri dah lama kenal dia. Sepanjang bertahun saya kenal dia, tidak ada masalah di masjid tersebut. Seorang yang lemah lembut, bukan setakat jadi siak, kalau tiada bilal, dia akan azan.

Cuma belum nampak dia jadi imam. Cakap memang tak banyak, ternyata zahirnya beliau insaf. Beliau kata hanya dengan agama Islam yang boleh menjadikan seseorang itu baik.

Dan Alhamdulillah , beliau telah ditemukan jodoh di masjid itu juga.

Siapa dia, di masjid mana, mungkin TV3 boleh ulang siaran. Berbalik kepada cerita politik. Tengoklah kisah di bawah, satu di Negeri Sembilan , satu di Selangor.

Masing-masing nak tunjuk siapa betul.

Mungkin di akhirat nanti, bekas pengedar dadah tadi yang jadi siak masjid yang lebih mulia , siapa tahu. Mereka yang bermati-matian memperjuangkan politik, entahlah.

Lu pikirlah sendiri.

******************************

MB Beri Amaran Masjid Bukan Tempat Berpolitik

PAROI, 17 Ogos 2010 – Menteri Besar Negeri Sembilan yang merangkap Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan hari ini memberi amaran sekeras-kerasnya sebarang aktiviti yang mengelirukan masyarakat seperti ceramah-ceramah yang boleh memecah-belahkan perpaduan rakyat. “Ini adalah amaran keras, barangsiapa yang ingin berpolitik di dalam masjid, boleh berbuat demikian di negeri lain tetapi bukan di Negeri Sembilan ini,” tegas beliau.

“Mana-mana penceramah yang dikenal pasti menghentam kerajaan didalam masjid akan ditarik balik pentauliahannya serta-merta oleh pihak MAINS,” tambahnya.

http://n9kini.com/?p=6212

Thursday, August 19, 2010

Syabas ahli-ahli kariah PJS

Akhirnya Najib Tun Razak yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor tak jadi datang ke Majid Nurul Ehsan, Taman Medan, PJS. Akibat tentangan kuat dari ahli-ahli kariah khasnya Nazir dan SU Masjid majlis berbuka puasa bersama Najib itu, anjuran Umno Selangor terpaksa dipindahkan pada saat-saat akhir dari Masjid berkenaan ke tapak letak kereta berhadapan Masjid as Salam di Taman Sri Manja juga di PJS.

Itu pun pihak penganjur masih dengan bongkak menaikkan sepanduk dan kain rentang parti bagi menyambut kedatangan pemimpin mereka itu tanpa kebenaran mana-mana pihak. Negeri ini kan ada peraturan, ikutlah peraturan. Akhirnya pihak penguatkuasa Majlis Bandaraya PJ (MBPJ) telah bertindak menurunkan bendera dan kain rentang mereka itu.

http://n32.blogspot.com/2010/08/syabas-ahli-ahli-kariah-pjs-akhirnya.html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan