Permohonan Anwar untuk gugurkan kes ditolak

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 16 Ogos:
Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah menolak permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim agar kes sodomi II beliau digugurkan ekoran hubungan romantis antara saksi utama kes Saiful Bukhari Azlan dan salah seorang anggota pasukan pendakwa.

Dalam penghakimannya, hakim bersetuju dengan afidavit anggota pendakwa DPP Mohd Hanafiah Zakaria dan pegawai penyiasat kes ini Judy Pereira bahawa timbalan pendakwaraya (DPP) itu, Farah Azlina Latif hanya mengambil nota perbicaraan sahaja.

(Gambar fail: Farah (tiga dari kiri) bersama pasukan pendakwa dan Saiful (kanan sekali) ketika melawat kawasan yang dikatakan kejadian berlaku)
Oleh itu, Farah tidak boleh mengakses kepada dokumen perbicaraan dan penyiasatan yang boleh menganggu perbicaraan itu ekoran hubungannya dengan Saiful.

"Dalam afidavit pihak pendakwa, mereka tidak menafikan atau mengesahkan adanya hubungan ini tetapi mengesahkan Farah dan Saiful tidak boleh akses kepada dokumen.

"Oleh itu, mahkamah tidak nampak sebarang salah laku dalam bukti di sini. Jadi mahkamah menolak permohonan ini," kata hakim itu.

Saiful dan Farah didakwa mempunyai hubungan romantis oleh penulis Raja Petra Kamarudin dalam blognya.

Ekoran dakwaan ini, Farah seorang timbalan pendakwaraya (DPP) telah digugurkan dari pasukan pendakwa oleh Peguam Negara.

Ekoran itu, Anwar memohon agar dakwaan ke atasnya digugurkan kerana hubungan ini akan menganggu proses keadilan terhadap kesnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan