Politik Bunuh - Membunuh adalah Budaya Politik UMNO

LeeSlimShady
Siapa tembak siapa menjadi persoalan kes kematian bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang, Datuk Abdul Aziz Mohd Noor, 64, bersama pembantu peribadinya, Siti Rohana Ismat , 43, yang ditemui dalam kereta di Kilometer 455.7 Lebuhraya NKVEsemalam.

Kejadian pembuhunan bekas YB UMNO ini berlaku jam 10. 00 pagi tadi di atas Jalan raya tidak jauh dari tempat perhentian rehat Sungai Buluh.Siti Rohana, yang juga Naib Ketua Wanita UMNO Tanjung Karang, bersama Abdul Aziz, ditemui dengan kesan tembakan di badan dan kepala.

Sekali kita lihat pun kita sudah dapat mengagak sememangnya budaya politik "bahaya" banyak di mainkan dalam UMNO.Siti Rohana adalah seorang wanita muda yang memiliki paras rupa yang cantik malah memperoleh kedudukan sebagai naib ketua Wanita UMNO Bahagian Tanjung Karang.
Manakala Dato'Abdul Aziz Mohd Noor seorang bekas ADUN Selangor yang berumur 64 tahun adalahahli politik UMNO yang sudah veteran turut mati bersama - sama naib ketua Wanita UMNO ini di tembak oleh seseorang yang tak di kenali
Kedua - dua mayat ditemui dalam kereta Toyota Caldina milik Siti Rohana dengan kesan tembakan dikepala. Di kepala Datuk Abdul Aziz ada satu kesan dan di kepala Siti Rohana ada 2 kesan tembakan. Sepucuk pistol jenis Revolver .38, dua butir peluru belum digunakan dan tiga kelongsong peluru dalam kereta berkenaan adalah milik Datuk Abdul Aziz.
Adakah mereka bergaduh dalam kereta atau adakah lelaki misteri yang lain yang melakukan pembunuhan ini?

Polis mengandaikan ini adalah kes bunuh diri tetapi kalau kes yang melibat ahli - ahli politik ia tetap ada motif - motif yang tertentu bagi melindungi kepentingan sesetengah individu.Kita masihingat kes pembunuhan Dr.Fernandez pada tahun 2000.

Sehingga kini fail pembunuhan Dr.Fernandez yang tembak mati di persimpangan jalan ketika lampu isyarat berwarna merah oleh seorang peunggang motorsikal

Dalam pilihan raya umum 1999, Dr Joe Fernandez (BN) mendapat 9760 undi. M Kathiravelo (DAP) 5060 dan Ibrahim H Md Rashdi (Bebas) mendapat 2168. Majoriti undi ialah 4700.

Lunas merupakan salah satu kerusi DUN di bawah P 17 Padang Serai. Dua DUN lain ialah Kuala Ketil dan Merbau Pulas. Majoriti pengundi Lunas ialah Melayu tetapi diserahkan kepada MIC atas dasar kerjasama dalam Barisan Nasional

Pada 4 November 2000, kira-kira pukul 1.30 petang, Dr. Joe yang dalam perjalanan pulang ke rumah dan terperangkap dalam kesesakan jalan raya di persimpangan Jalan Maju dan Jalan Harapan dekat Bukit Mertajam . Kejadian berlaku di di Jalan Maju, Bukit Mertajam ketika dalam perjalanan makan di rumahnya di Taman Bukit , Bukit Mertajam , hanya 500 meter dari klinik beliau.

Dua lelaki bermotosikal telah melepaskan tembakan ke atas kenderaan jenis Nissan Terrano yang dipandu oleh Joe Fernandez dan melarikan diri ke arah Sungai Rambai, Lunas , Kedah.Suspek itu dipercayai pembunuh upahan.Dr. Doshinda Singh memberi rawatan kecemasan dan kemudian membawa mendiang ke Hospital Pakar Bukit Mertajam. Pakar patologi, Datuk Dr. Bupinder Singh mengesahkan mendiang meninggal dunia akibat tembakan tepat di kepala dengan pistol jenis .38

Pada 25 April 2008, Mahkamah Koroner Bukit Mertajam ,Koroner M. Mageswari mengarahkan polis membuat siasatan lanjut (open verdict) kerana tiada keputusan yang jelas. Ini kerana mahkamah tidak mengesyaki dan menolak kemungkinan Dr. Joe telah dibunuh akibat masalah perniagaan, politik atau perhubungan peribadi si mati dengan mana-mana pihak.

Ahli kimia dan balistik telah mengesahkan bahawa senjata api yang digunakan dalam rompakan Southern Bank, Petaling Jaya dan pembunuhan Dr. Joe Fernandez adalah senjata api yang sama. Seorang suspek kes rompakan di Southern Bank, Petaling Jaya pada 18 Mei, 2001, dalam kenyataan beramarannya mengakui bahawa dia dan tiga rakannya merancang untuk membunuh Dr. Fernandez. Dua rakannya terbunuh dalam rompakan bank itu.

Pada 26 April 2008, Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan menyatakan kes pembunuhan Dr Joe Fernandez ditutup melainkan jika ada saksi dan petunjuk baru. Sepucuk pistol telahpun ditemui dan ujian balistik membuktikan bahawa senjata itu digunakan untuk membunuh Dr. Fernandez, tetapi ia hanya merupakan keterangan forensik sahaja

Kamal Affandi Hashim, berpendapat ada beberapa teori yang mungkin boleh dikaitkan dengan kejadian itu tetapi hanya laporan bedah siasat, forensik dan balastik yang dapat menentukan apa yang sebenarnya terjadi.

Polis tidak menolak kemungkinan kes kematian Adun dan Naib Ketua Wanita tu sebagai kes bunuh diri tapi ini kes mesti ada berkaitan dengan masalah dalaman yang di alami oleh UMNO dan Barisan Nasional.

Beberapa hari yang lalu Ahli Majlis Perbandaran Manjung (MPM) yang juga Ketua MCA cawangan Changkat Keruing, Lim Ting Peng, 49, ditemui mati dibunuh dalam perigi di ladang ternakan ayam miliknya di Kampung Baru Changkat Keruing, Manjung hari ini.

i

Mayat mangsa ditemui anak lelakinya, Tommy Lim, 18, yang turut serta dalam operasi mencari bapanya yang hilang sejak malam tadi.

Mangsa yang baru lima hari dilantik sebagai ahli MPM tidak pulang ke rumah seperti biasa sebelum ahli keluarganya bertindak membuat laporan polis semalam.

Selain melaporkan kejadian itu kepada polis, ahli keluarganya mencari mangsa sehinggalah mayatnya ditemui dalam perigi sedalam 5 meter di ladang ternakan ayam itu.

Ingat!

Mangsa Terbunuh hanya selepas beberapa hari Bekas menteri Pengangkutan iatu Ling Liong Sik yang mana bekas Presiden MCA yang berusia 67 tahun di tahan berhubung dua tuduhan pecah amanah yang melibatkan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ)

Mahkamah tetapkan sebutan kes pada 3 September depan dan bekas Presiden MCA itu dibebaskan dengan ikat jamin RM1 juta.

Beliau mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

Sampai di ketika ini kita pun boleh mengagak atau meramal apakah yang sebenarnya yang berlaku dalam bergolakan politik yang begitu hebat dalam UMNO dan Barisan Nasional.Geng - geng "Be End" memang sudah lama membudayakan politik bunuh membunuh.

Oleh itu perlunya Pakatan Tampil dalam menghentikan budaya ini demi kesejahteraan masa depan dan kestabilan politik di Malaysia.

http://amkshahalam.blogspot.com

http://www.pejuangpro-demokrasi.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan