Puasa hari Rabu 11 Ogos

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 10 Ogos:
Tarikh puasa bagi semua umat Islam di seluruh Malaysia bagi tahun ini adalah bermula esok, hari Rabu, 11 Ogos bersamaan 1 Ramadhan 1431 Hijrah.

Penetapan itu diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia, melalui Radio dan Televisyen setelah proses mencerap anak bulan dibuat petang tadi.

Cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah serta Hisab.

Sehubungan itu, umat Islam akan memulakan solat sunat Terawih bermula malam ini.

Manakala esok sehingga sebulan, umat Islam akan menunaikan tuntutan rukun Islam ketiga itu dengan menahan diri dari segala sesuatu yang membatalkan puasa mulai dari terbit fajar hingga terbenam matahari.

Dengan itu juga, pihak Harakahdaily mengambil kesempatan mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam khusunya di negara ini dan di seluruh dunia amnya
.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan