Senarionya "KANTOI"

adiib
Pergolakan Umno Kedah semakin terserlah kini.Hari-demi hari sejak mereka hilang kuasa di negeri Jelapang Padi itu,belum nampak kekuatan mereka bakal dipulihkan.Segala tindakan mereka yang cuba menyerang kerajaan PAS/PR nampaknya makin tak menjadi dan menikam(back fire)ke perut boroi mereka sendiri.

Kesediaan kerajaan PAS/PR Kedah dalam memerintah memang tak dapat di sangkal lagi.Benar kata penulis nota utara,saudara Zul Ya,setiap pembohongan mereka,tuduhan mereka,fitnah mereka para petugas kerajaan negeri tak tunggu lama untuk serang balik.Tunai.Cash.Kita ambil 3,4 isu yang terkini.Paling fresh.

Isu-isu seperti masalah babi,air dan sampah dah jadi isu basi.YB lompat pun dah dilupa orang.Pertama isu kununnya Kulim Hi-Tech Park tak dapat sambutan.Ada pelabur kununnya lari dari situ dan memindahkan pelaburan mereka ke luar negara.Ramai pekerja yang diberhentikan.Sedangkan hakikatnya tidak begitu.Saudara Zul Ya telah terangkan secara panjang lebar di dalam Harakah.Kantoi Umno,rakyat dah tahu semua itu fitnah.

2.Isu kununnya kerajaan negeri minta GLC-GlC Kedah menyumbang kepada Parti Pas sebahagian keuntungan mereka juga telah disanggah.Minggu demi minggu ada saja pendedahan yang dibuat membongkarkan penyelewengan mereka sewaktu memerintah dulu.Sampaikan semua GlC yang mereka tadbir dan urus dulu,semuanya rugi dan lingkup.Satu sen pun tiada cukai yang disumbang kepada kerajaan negeri mereka dulu.Lepas Kerajaan PAS/PR perintah baru nampakRM 30 juta yang dapat dikutip oleh kerajaan baru.

3.Nak juga mereka,Umno ni nak tunjuk kerajaan PAS/PR ni berkelahi antara mereka,jadi gemburkanlah yang ada ahli-ahli PAS lompat parti,di Alor Setar mereka war-warkan ada 61 ahli salah satu cawangan yang keluar,sebenarnya seorang aje.Alih-alih,baru-baru ni cawangan mereka di Alor Keriang,dalam kawasan Alor Setar juga, yang bubar dan ahli-ahli mereka berjumlah 101 orang meyertai PAS,Kantoi lagi.

Isu keempat,ekoran banjir selut di Sik.Marah benar mereka kununnya.Salahkan Kerajaan negeri la yang luluskan kawasan balak berhampiran.Tu yang banjir sakan tu.Heran juga kita.Bila pula yang Negeri Kedah ni tak pernah banjir.Pernah 2007,menjelang Hari Raya duk usung perabot lagi,lari dari banjir.Bukan sebab pembalakan aje.Tup...tup,kantoi lagi Umno,rupanya kerajaan depa yang luluskan pembalakan tu pada 2005 lagi. Kantoi,kantoi,kantoi !!!

Terbaru,akhir-akhir ini,kut depa dah letih serang Kerajaan PAS/PR,mereka sama depa pula kelahi.Mula di Sungai Petani,kemudian merungut YB-YB,mereka tak cukup peruntukan dan kini..........11 AJK Pemuda Umno Alor Setar nak letak jawatan.Merajuk kat Dato Bashah,buat program parti keluar poket sendiri.Tiada peruntukan.Tu la senario Umno Kedah la ni.Benar juga kata penulis Saudara Safar Jumaat,Umno Kedah pandai sembang aje.Kerja tah kemana.Isu yang dibangkit semua main serondoi(Kata MB),akai di lutut.Senarionya kantoi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan