Timbalan Presiden PAS Yang 'Mesra Jerat' UMNO

ramziredang

"Kebelakangan ini ada beberapa isu utama yang agak menggemparkan yang berlaku di seluruh negara. Antara isu utama yang hangat adalah, kain rentang di johor baru dengan wajah Dr Chua, Anwar dan Sultan johor, isu khutbah jumaat yang menukarkan nama Lim Guan Eng menggantikan nama agong dan juga isu tuntutan menghapuskan keistimewaan bumiputera oleh kongres persatuan Cina. Juga gempar bercampur lawak bodoh adalah isu yang diutarakan oleh 'mufti cari makan' tentang perlembagaan baru malaysia. Kita dapat rumuskan semua isu ini berkaitan dengan agama, hak orang melayu, raja raja dan perlembagaan.

Jika kita cepat tersedar, semua isu ini akan condong untuk mendatangkan rasa perkauman, rasa ketidakselesaan kaum atau mungkin ada agenda untuk mendatangkan rusuhan kaum.

Siapakah yang memainkan isu ini? Sudah tentu jika kita tatap di dada media, UMNOlah yang giat mempromosi isu ini. Jadi dapatlah kita merumuskan dengan mudah UMNOlah yang akan dapat untung jika isu ini semakin parah. Juga tidak sukar untuk menelah siapa yang bermain di sebalik tabir, tentulah UMNO kerana semua ini adalah taktik yahudi zaman berzaman.

Di malaysia taktik pecah perintah ini telah bermula dari ketika awal era merdeka lagi.

Gabungan antara Putera yang diketuai oleh Dr Burhanuddin Al helmy dan AMCJA yang diketuai oleh Tan Cheng Lok pada tahun 1946 telah menggugat rasa keselesaan British. Pakatan ini menggabungkan kaum melayu, cina dan india di bawah satu pakatan yang mesra dan bervisi menggoncangkan kekuatan agenda British. Berselindung di sebalik undang undang Darurat 1948, british telah berjaya memecahbelahkan pakatan ini dengan menangkap tanpa bicara ramai pemimpin pakatan tersebut. Antara yang ditahan tanpa bicara adalah Dr Burhanuddin dan Ahmad Boestamam.

Untuk mengatasi tuntutan rakyat yang sedang ingin bersatu padu british mencadangkan tertubuhnya perikatan yang diwakili UMNO, MCA dan MIC dan dapat memenangi pilihanraya umum pertama pada tahun 1955.

Kini, riak kebimbangan pemimpin melayu yang berguru dengan british mula terserlah lagi. Dengan acuan yang hampir sama, kebimbangan yang sama dan ingin menggunakan taktik yang sama ia muncul setengah abad dari peristiwa british. Jika tidak disebut UMNO atau British mungkin kita tidak akan tahu yang menjalankan agenda ini adalah orang yang berlainan.

Mereka ingin mencetuskan sesuatu isu perkauman, hak istimewa orang melayu atau sistem beraja, supaya rakyat merasa terancam. Supaya jiwa rakyat yang semakin aman damai ini bertukar menjadi resah. Supaya orang Melayu merasa marah kepada Cina kerana tuntutan berlebihan, supaya orang melayu yang cintakan raja raja merasa perbuatan pakatan rakyat telah melampau, supaya para umat Islam merasa kesucian Islam telah mula dicemarkan oleh Pakatan Rakyat.

Namun disebalik kemunculan isu isu yang cuba disensasikan ini, nasib baik ada pemimpin pakatan rakyat dengan tegas cuba mengawal keadaan. Api perkauman dengan pantas telah dipadamkan dengan ucapan pemimpin seperti Anwar Ibrahim dan Mahfuz Omar. Mereka dengan pantas menyedarkan rakyat bahawa ini adalah lakonan atau opera UMNO untuk mencari keuntungan. Jelaslah pemimpin seperti ini tidak menari mengikut rentak gendang UMNO.

Yang aneh dan hairannya, timbalan presiden PAS muncul di depan pentas, menari, berjoget, melompat dan bertempik mengikut gendang paluan UMNO. Garang memberi amaran kepada MCA supaya jangan sentuh hak orang melayu. Sepertimana sebelum ini dia muncul bingkas melompat ketika wakil DAP sebut pasal bilangan masjid dan rumah ibadat agama lain.

Saya sering hairan sebenarnya, kerana orang yang sama seperti ustaz Nasa, Hasan Ali atau PAS selangor contohnya, sentiasa berhujah seiring dengan UMNO. Tidak dapat dipastikan apakah kejadian yang berulang ulang ini adalah secara kebetulan atau tidak. Mungkinkah memang cara mereka berfikir sudah memang seiring dengan UMNO atau kita masih tidak mampu untuk memahami cara politik mereka.

Seolah olah jika UMNO ingin membakar api perkauman, mereka ini dengan lantas terbakar seluruh tubuh badan. Terlalu sinonim melayu, melayu, melayu. Atau mungkinkah mereka ini agak tidak percaya kepada pemimpin Pakatan Rakyat yang lain bahawa jika PR memerintah hak istimewa orang melayu akan terbela?

Sangatlah dikesalkan bila UMNO cuba memasang jerat, pemimpin PAS muncul menyeru rakyat masuk ke arah jerat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan