Hebat! MB Mat Said buka "Pusat Tarbiyyah Moden" di TMC, Mesra Mall

Ustaz Saiful Bahri
Kemunculan TV, video dan cakra-padat akhirnya panggung-panggung wayang di negeri Terengganu ditutup kesemuanya. Tiada siapa yang ingin ke panggung wayang lagi. Apatah lagi wujudnya astro, internet telah merubah gaya hidup masyarakat. Tiada lagi nak beratur mengambil tiket masuk ke panggung untuk menonton filem Hindustan berkerusikan kayu keras itu.
Apatah lagi era 80-an timbulnya perkembangan nilai-nilai Islam yang mula menenggelamkan cara hidup jahiliyyah. Pasangan anak-anak muda lelaki dan perempuan menonton wayang ditengah malam berkurangan dan akhirnya industri ini terpaksa ditutup.

Tapi, takkan syaitan nak duduk saje. Musuh-musuh Islam sentiasa merancang untuk mengeluarkan anak-anak remaja kita dari rumah-rumah mereka. Menjauhkan mereka dari surau dan masjid ataupun majlis-majlis ilmu dan kuliah. Khususnya remaja perempuan agar keluar dari rumah, berhibur, berpasangan couple akhirnya melakukan maksiat diluar batasan syara’.
Yang terbaru bagaimana panggung wayang yang sudah pupus di Terengganu kini dikembalikan semula oleh pimpinan UMNO-BN dizaman Mat Said ini. Selamat datang Port Beromen baru di Kemaman, Terengganu. Di Mesra Mall, TMC (Terengganu Mat Caid).

Lapuran Kosmo.
Panggung pertama di Terengganu

JIKA sebelum ini penduduk Terengganu perlu memandu jauh sehingga ke negeri-negeri jiran untuk menonton filem-filem menarik, kini mereka tidak perlu bersusah payah dengan adanya panggung wayang baru yang mula beroperasi 25 September lalu di Kemaman.
Pawagam terbaru berkenaan yang mempunyai lima panggung dengan 780 tempat duduk, dibangunkan di dalam pusat beli-belah serba moden iaitu Mesra Mall yang bernilai RM100 juta serta dimajukan oleh KLCC (Holdings) Sdn. Bhd.
Ketua Pegawai Operasi TGV Cinemas, Kenny Wong berkata, TGV ingin membekalkan semua orang termasuk pelancong dengan pengalaman menonton filem yang menghibur dan menyeronokkan.
"Dengan pembukaan multipleks ini, penduduk Kemaman kini boleh menyelami keseronokan menonton wayang yang dijanjikan oleh TGV Cinemas," katanya.
Menurut beliau, TGV Mesra Mall menampilkan reka bentuk serba baru dan kontemporari yang berasaskan konsep keremajaan, selaras dengan usaha TGV Cinemas untuk menarik minat golongan muda. "Kami cuba menyediakan ruang santai yang sempurna untuk pelanggan kami kerana kami mahu menjadikan pengalaman ke pawagam bukan sahaja sekadar menonton wayang tetapi untuk bergembira bersama insan tersayang," katanya.

ia bukan isu di Lembah Kelang & Pantai Barat. Kalau ditanya kepada pemimpin atau pengusaha industri seperti ini nescaya banyaklah alasan dan jawapan logik menurut ekonomi, sosial dan pendidikan kononnya. Orang yang menimbulkan isu ini mungkin dikatakan kuno, ketinggalan zaman, isu remeh. Tetapi hakikatnya ia akan menjadi tempat berpeleseran baru dengan gaya-hidup baru. Ia akan menjadi tempat untuk berhibur bersama couple, lelaki dan perempuan. Tempat berkhalwat eksklusif baru yang sah dan diizinkan kerajaan Umno-BN.

Hari ini pusat-pusat karaoke wujud macam cendawan tumbuh. Hatta dikedai-kedai restoren koboi ditepi jalan. Berkaraoke secara terbuka lelaki dan perempuan tanpa halangan hingga larut malam. Lesen-lesen baru digalakkan oleh kerajaan Umno-BN. Pusat snooker bersepah merata tempat. Hatta bertaruh perempuan jalang. Kini belum cukup remaja kita dihibur dan dihanyutkan. Dengan konsert dan nyanyian. Dengan vcd dan audio video.Agar tidak dikatakan negeri ketinggalan zaman. Negeri bergerak maju berpembangunan serta canggih. TGV Cinemas diperkenalkan. Orang kita ni benda baru.. hah tak cukup tanahlah dikerumuninya.

Terimakasih UMNO-BN. Satu lagi kejayaan produk tarbiyyah bagi melahirkan generasi berilmu, beriman dan taqwa. Ke arah menjadikan dan melengkapkan Terengganu sebagai Darul Iman. Bak kata MB Mat Said … “untuk mengembalikan Terengganu sebagai bumi ulama masyhur terbilang di nusantara seperti abad 18 & 19. Di zaman kegemilangan seperti Tok Ku Paloh, Tok Pulau Manis & Tok Syeik Duyung”. Semoga generasi muda Terengganu akan bertambah "ilmu dan taqwa" dengan adanya multiplek ini dan bakal mewarisi kepimpinan ulama terbilang Terengganu!!!
http://ustsaifulbahri.blogspot.com 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan