Hinanya Utusan Malaysia! Nak samak najis pun tak sah.

Ustaz Saiful Bahri
Akhbar Utusan Malaysia yang dahulunya merupakan lidah rasmi kerajaan. Lidah rasmi bangsa melayu. Hari ini diperalatkan UMNO-BN sehingga terlalu hina dan dibenci orang-ramai. Slogan “Penyebar Fikiran Rakyat” perlu ditukar menjadi “ Pengesat Tahik UMNO-BN”. Anda baca sendiri lapuran media terkemuka berbanding Utusan Malaysia berkait isu Richard Branson.

Agendadaily.Com

Apa Hal ni…
Ini nampaknya lagi aksi mau tunjuk hebat campurtangan dalam undang-undang negara lain. Billionaire 'gila-gila' yang terkenal juga pengasas Virgin Group, Sir Richard Branson telah minta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak campurtangan hentikan perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau cakap itu dalam ucapan di satu sidang peluang pelaburan di Kuala Lumpur pagi Isnin. Dakwanya ia duri dalam imej baik Malaysia. Dulu bekas Naib Presiden Amerika Al Gore pernah buat perangai sama waktu berada di Kuala Lumpur. Richard dan Gore adalah rakan.– 27/9/2010
Malaysiakini.Com

Branson: Perbicaraan liwat Anwar jejas pelaburan Sep 27, 10 3:51pm

Usahawan jutawan Britain Sir Richard Branson berkata perbicaran liwat membabitkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang berlangsung memberi kesan ke atas Malaysia dan mematahkan semangat pelabur untuk menanam modal di negara ini."Malaysia mempunyai reputasi yang baik di luar negara. Tetapi apa yang berlaku ke atas Anwar Ibrahim membawa kesan buruk ke atas Malaysia,” katanya pada majlis khas forum Invest Asia 2010, anjuran International Herald Tribune di Kuala Lumpur, hari ini. "Saya fikir ia bukan isu utama tetapi yang pasti ia bagaikan duri dalam daging. Saya berpendapat ini telah berlarutan agak lama. Ini tidak baik di luar negara,” katanya . Bercakap kepada kira-kira 800 pemimpin perniagaan di Kuala Lumpur, Branson berkata, imej negara masih lagi penting kerana ia membolehkan kerajaan untuk menarik para pelabur dan pada masa yang sama, melaksanakan dasar yang lebih baik untuk melengkapinya.
Berita Harian.

Tinjauan pelaburan Malaysia menggalakkan: Branson 2010/09/27 KUALA LUMPUR:
Tinjauan pelaburan Malaysia di seberang laut pada masa ini amat menggalakkan tetapi beberapa isu perlu ditangani supaya tidak menjejaskan reputasi negara di kalangan pelabur asing, kata usahawan Britain, Sir Richard Branson. Bercakap kepada kira-kira 800 pemimpin perniagaan di sini, beliau berkata, imej negara masih lagi penting kerana ia membolehkan kerajaan untuk menarik para pelabur dan pada masa yang sama, melaksanakan dasar yang lebih baik untuk melengkapinya. "Saya rasa Malaysia mempunyai reputasi yang baik tetapi beberapa isu seperti apa yang berlaku dengan bekas Timbalan Perdana Menteri anda, menjejaskan Malaysia," kata beliau pada majlis khas forum Invest Asia 2010, anjuran International Herald Tribune di sini, hari ini.
The Star.
KUALA LUMPUR, Malaysia (AP) - British billionaire Richard Branson said Monday that Malaysia should split up and privatize large government-owned companies to increase competition and woo foreign investors. Branson, whose Virgin Group is a shareholder in a Malaysia-based long-haul budget airline, also said political issues such as the sodomy trial of opposition leader Anwar Ibrahim have damaged Malaysia's reputation among foreign investors. Branson said Anwar's second sodomy trial is negative for Malaysia's image with investors. "Not in a major way but it's definitely a thorn in the side of Malaysia's otherwise very good reputation," he said. "This has gone on for a long long time. It looks bad overseas. If you are a bold leader, you should get rid of things like that which damages your reputation," he said, without elaborating.

Dan ini dia lapuran Penyebar Fikiran Rakyat…
Utusan Malaysia

Iklim pelaburan: Richard Branson selar sikap Anwar 27/09/2010 4:10pm
Oleh
WAN NAJIB WAN DAUD KUALA LUMPUR 27 Sept. – Bilionair dan usahawan terkenal dunia, Sir Richard Branson menyelar sikap bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perosak kepada imej dan iklim pelaburan negara.Beliau yang juga pengasas Kumpulan Virgin berkata, iklim pelaburan Malaysia di peringkat antarabangsa amat menggalakkan tetapi beberapa isu perlu ditangani agar tidak menjejaskan reputasi negara di kalangan pelabur asing. – Utusan

Munasabahlah rakyat membenci alat propaganda UMNO-BN ini. Ia menjadi akhbar sampah bahkan beberapa kali menghadapi kempen bakar akhbar. Ia dipaksa beli oleh syarikat dan dibahagi percuma kepada pelajar sekolah untuk dipaksa baca. Masyarakat inginkan maklumat yang telus dan bukannya pengampu kerajaan yang sanggup memperbodohkan rakyat.

Munasabahlah surat khabar Utusan termasuk Berita Harian jatuh Mendadak Sejak Tahun 2004
Menurut Blogger uppercaise, jualan Utusan dan Berita Harian telah jatuh mendadak bermula dari tahun 2004 sehingga sekarang dan kini tempatnya telah diambil alih oleh Metro dan Kosmo. Dan apabila Utusan kehilangan pembaca kilangnya terpaksa ditutup termasuklah di Wakaf tapai, Terengganu.

Macamana rakyat nak baca jika baca utusan pun menjadi loya tekak. Menipu atas darat kering kata orang Terengganu. Penyebar Fitnah kepada Rakyat. Kalau betul pun keputusan bola dan nombor judi ekor saje. Adakah Wan Najib sebagai wartawan salah faham dalam mencatatkan berita? Nak kata tak faham bahasa Inggeris, tak munasabah. Atau mungkin terlalu ingin mengampu Najib Tun Razak, sebagai PM. Inilah sokong membawa rebah. Sehina-hina tanah, dipijak ditapak kaki, tetapi bila terkena najis anjing dan babi, sah pula menjadi alat samak. Akhbar Utusan ni kalau buat alat samak konfem tak sah. Pemimpin Umno sendiri pun taknak buat istinjak. Habis hitam punggung mereka kena dakwat suratkhabar. Sudah sampai masanya Utusan Malaysia memerlukan tuan baru selepas PRU-13 nanti. Selamatkah Awang?


Ustaz Saiful Bahri 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan