Jom Bantu Umat Islam di Sri Lanka yang ditindas LTTE

amkns
Jom bantu nasib saudara seagama dan sebangsa kita yang sekian lama ditindas melalui Program Wakaf al Quran untuk Islam minoriti. Lebih 100,000 umat Islam di Sri Lanka telah menjadi pelarian di negara sendiri setelah dihalau oleh Pemberontak Tamil Eelam LTTE pada tahun 1990. Terdapat 50,000 orang Melayu yang berada di Sri Lanka sejak beratus tahun, kini hidup dalam keadaan tertekan.

 Kali terakhir pemimpin Malaysia melawat Sri Lanka secara rasmi ialah pada tahun 2005 iaitu Tun Dr Mahathir. Suara umat Islam yang memerlukan bantuan di Sri Lanka sering terlepas pandang oleh umat Islam di Malaysia, khususnya orang Melayu. KENAPA ? Mari kita hidupkan semangat Satu Umat, 1Umat. 
****************************
WAKAF AL-QURAN UNTUK ISLAM MINORITI
Program Wakaf al-Quran bukan sahaja membolehkan umat Islam minoriti sesetengah negara dapat membaca dan memahami terjemahannya dalam bahasa masing-masing, malah merapatkan hubungan sesama masyarakat bukan Islam di seluruh dunia.
 
Pengerusi Yayasan Restu www.restu-art.com, Datuk Latif Mirasa berkata, terjemahan al-Quran dalam bahasa tempatan mereka bukan sahaja dibaca masyarakat Islam, bahkan bukan Islam sekali gus memahami keindahan dan kecantikan Islam dengan lebih mendalam.
 
Katanya, Yayasan Restu buat pertama kalinya akan menerbitkan terjemahan al-Quran dalam bahasa minoriti Islam Kemboja, selain Mandarin dan Tamil yang dijangka diedarkan ke beberapa negara dalam tempoh empat bulan lagi.
 
Program yang menawarkan sumbangan RM1 hingga RM10 boleh dilakukan dengan menaip wakaf 1 bagi RM1 atau seterusnya sehingga wakaf 10 (RM10) dan kemudian dihantar ke 32728.
 
Sumbangan juga boleh terus disalurkan ke Bank Islam Bhd., atas nama Yayasan Restu Wakaf dengan nombor akaun: 14032010021452.
 Laman web Umat Islam di Sri Lanka http://lankamuslim.com  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan