Sekeping gambar lebih baik daripada seribu perkataan. Sempena merdeka ini terlalu banyak nak diluahkan rasa terkilan hati terhadap UMNO semenjak separuh abad hingga kini. Hanya gambar-gambar inilah sahaja pengubat lara sebagai ganti kata-kata. Di bulan Ramadhan, tanpa air zam-zam, tanpa kurma ajwa' berkotakkan wajah MB ku. Tanpa semangat patriotisme dan tanpa jalur gemilang. Sudah hilang laungan Merdeka!.. yang ada Mau duit ka?
Tiada lagi UMNO parti keramat. Harapanku sudah punah. Hanya menantikan PRU-13. Berapa sekilo daging mu laku terjual?
Aku dilahirkan tahun 1946 dalam mangkuk penjajah. Daftar balai polis British. Nama 'Pekembar'. Tapi takde klass. Bunyi macam kekampungan. Diberi nama mat Salleh "United Malays National Organitation". Nama manjanya 'UMNO'.
dibelai dan dimanja. Menjadi pengganti Malaya Union. Pangkat & kuasa. Betapa hebat & gah.
masa itu Hari merdeka. adalah hari bahgia
Masa itu kentutku pun power!
Kemudian ... kerana lama bertakhta.. aku menjadi sombong dengan kuasa
Undang-undang dicipta ikut sedap rasa. menyusahkan anak-bangsa
Rakyat dah le tersepit... tapi aku rela mengambil kesempatan atas mereka. Tanpa ampun dan belas rasa.
Rakyat diadu-domba untukku kekalkan kuasa
Rakyat diperdagangkan.. menjadi mangsa
Wang Ehsan di agih.. mudah diperalatkan sepanjang masa
Mudah dicucuk hidung disuruh buatkan kerja
Kalau melawan.. hantarkan kursus, taji dia cukup-cukup. Tak risau BTN kan ada
Yang penting perut ku kenyang.. Hati puas... boleh sendawa!
Meskipun rakyat tinggal tulang tak terasa.
tapi kini... dah lain rasanya. Ada alternatif nak rampas kuasa. Telah dekat dan menghampiri Putrajaya. Rakyat Berpakat untuk unjuk rasa.
Mereka menzahirkan wajahku yang 2 muka
Rasuah, kezaliman dah berleluasa. katanya tak lulus....tak cukup telus
Wajah sebenarku mula terbongkar. Tak larat nak kempen Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Mereka semua dah engkar
Kini aku terkepit
senak perutku makin terhimpit
Pru makin dekat, tapi tengkok masih lekat
Matilah aku weh!!.. Wajah-wajah ku yang serba salah. Menanti malaikat al-maut datang menerjah
tapi jaga-jaga. Ingat aku nak duduk saje?
aku mengamuk, tak peduli ke masa
Sebelum rakyat sembelih, mengambil nyawa secara paksa
Apakah aku keseorangan di penghujung usia?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan