SHAH ALAM, 20 Sept: “Minta maaf, saya sangat penat, Selamat Tinggal” antara kandungan nota yang dijumpai pegawai penyiasat dalam beg sandang milik Teoh Beng Hock, tiga bulan selepas kematiannya.
Jurubahasa mahkamah Ting Chin Kin ketika memberi keterangan dalam inkues kematian Teoh, berkata terjemahan daripada Bahasa Cina ke Bahasa Melayu itu turut mengandungi luahan perasaan serta permohonan maaf kerana tidak dapat membantu.
Ting kemudian diminta membaca terjemahan keseluruhan nota yang dipercayai ditulis oleh Teoh yang berbunyi seperti berikut: “Ou Yang.
“Dalam keadaan tidak menyalin fail dalam komputer saya, mereka telah mengambil semua komputer itu. Mereka asyik menyalahkan kamu. Minta maaf.
“Tidak mengerti tapi pura-pura mengerti, akhirnya menyusahkan kamu. Saya kata, ‘mendapat kelulusan YB’ mereka berdegil menaip jadi ‘mengikut arahan YB’.
“Saya tidak dapat membantu kamu, maaf. Minta maaf, saya sangat penat, Selamat Tinggal.”
Ting berkata beliau menterjemah nota yang ditulis pada kertas A4 itu pada 4 September selepas diarahkan Koroner Azmil Muntapha Abbas dan tidak pernah mendedahkan maklumat berkenaan kepada sesiapa.
Dalam pemeriksaan balas, peguam Gobind Singh Deo yang mewakili keluarga Teoh mempertikaikan terjemahan Tin berhubung perkataan “selamat tinggal” dengan mengemukakan dua kamus terjemahan.
Walaupun mengakui perkataan sama boleh diterjemah sebagai “jumpa lagi”, Tin berkata menerusi cariannya di Google, perkataan yang tertera dalam nota itu sebenarnya membawa maksud “selamat tinggal”.....
selamat tinggal ? choi kin? 再見?jumpa lagi?
BalasPadam